Mahkamah Tinggi Arah Kubur Digali Semula Untuk Siasatan Kes Kematian Pelatih PALAPES UTM

Perintah untuk menggali keluar semula jasad Syamsul Haris Shamsudin, yang ditanam di Tanah Perkuburan Islam Rinching Ulu bagi menjalankan bedah siasat kedua.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengeluarkan arahan agar kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UTM Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, digali semula

Menerusi laporan Berita Harian, perintah itu dibuat oleh Hakim, Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, selepas membenarkan permohonan ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45 tahun.

Difahamkan, kubur anaknya yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Selangor, akan digali semula mengikut prosedur yang ditetapkan.

Menurutnya, proses menggali semula kubur Syamsul Haris bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan dalam tempoh 14 hari selepas jasad dikeluarkan.

SAYS.com

Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.

Image via Berita Harian

Keluarkan tiga perintah yang perlu dipatuhi pihak responden

Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengeluarkan beberapa perintah berhubung kes kematian pelatih PALAPES UTM Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, termasuk arahan untuk menggali semula kubur Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Rinching Ulu.

Antara perintah yang ditetapkan mahkamah ialah:

  • Laporan bedah siasat – pakar forensik yang menjalankan post-mortem wajib mengeluarkan laporan dalam tempoh munasabah. Satu salinan laporan perlu diserahkan terus kepada peguam keluarga, iaitu Tetuan Naran Singh & Co.
  • Penggalian semula jasad Syamsul Haris – bagi menjalankan bedah siasat kedua di bawah seliaan Ketua Polis Negara atau pegawai yang mewakili beliau. Sekiranya perlu, mereka juga boleh mendapatkan bantuan pihak berkaitan lain.
  • Bedah siasat semula – dilakukan oleh pakar forensik Hospital Kuala Lumpur dalam tempoh 14 hari selepas jasad dikeluarkan. Proses ini perlu dijalankan dengan kehadiran Datuk Seri Dr Bhupinder Singh (pakar forensik) serta peguam keluarga, Datuk Naran Singh atau wakil daripada Tetuan Naran Singh & Co.

Dalam pada itu, Ummu Haiman, ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris, melalui peguamnya Datuk Naran Singh Ara Singh, telah menamakan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar sebagai responden dalam permohonan notis usulnya.

Beliau memohon agar pendengaran kes disegerakan, kerana percaya wujud unsur jenayah berikutan terdapat percanggahan pada punca kematian anaknya.

Ummu Haiman turut menuntut agar bedah siasat semula dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas jasad dikeluarkan, dengan kehadiran pakar forensik Hospital Kuala Lumpur serta peguam keluarga daripada Tetuan Naran Singh & Co.

Ibu Allahyarham Syamsul Haris tuntut inkues dan bedah siasat kedua

Ummu Haiman, ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, memohon agar pakar forensik mengeluarkan laporan bedah siasat dalam tempoh sebulan dan satu salinan diserahkan kepada peguamnya.

Beliau juga mahu pasukan siasatan baharu dari Bukit Aman dilantik, selain meminta Inkues dijalankan bagi menyiasat punca sebenar kematian anaknya.

Syamsul Haris meninggal dunia pada 28 Julai lalu ketika menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu. ATM sebelum ini menegaskan tiada unsur penderaan ditemui.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan keputusan hari ini selepas mendengar hujahan pihak Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan pemohon. Ummu Haiman berharap permohonan untuk gali semula kubur anaknya diluluskan agar kebenaran dapat dirungkai.

SAYS.com

Ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, PALAPES UTM Pulada yang meninggal dunia ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pulada, Ulu Tiram, Johor.

Image via Berita Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: