MACP Perkenal Garis Panduan Mengenai Kecerdasan Buatan, Lagu AI Tidak Layak Terima Royalti

Hanya karya asli ciptaan manusia sepenuhnya layak didaftarkan di bawah MACP untuk menerima royalti.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Periodico Digital & Gambar janaan AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Garis Panduan Mengenai Kecerdasan Buatan (AI) telah dilancarkan secara rasmi oleh MACP Berhad bagi memelihara kepentingan serta melindungi hak para pencipta muzik di Malaysia

Menurut kenyataan media, inisiatif ini diambil bagi memastikan ekosistem muzik tempatan kekal dilindungi di bawah kerangka undang-undang sedia ada, memandangkan perkembangan pesat teknologi AI yang berpotensi mencetuskan cabaran baharu berkaitan hak cipta, pemilikan, dan pampasan adil.

MACP turut menegaskan bahawa hak cipta merupakan hak eksklusif yang lahir daripada daya kreatif serta sentuhan manusia.

Garis panduan baharu ini menetapkan bahawa hanya karya asli yang dihasilkan sepenuhnya oleh pencipta manusia sahaja layak didaftarkan di bawah MACP untuk menerima bayaran royalti.

"MACP tidak mengiktiraf sebarang karya yang terhasil sepenuhnya atau sebahagiannya dibantu oleh Kecerdasan Buatan (AI)," menurut kenyataan itu.

SAYS.com

Gambar janaan AI

Perlindungan hak cipta hanya diberikan kepada individu berkelayakan bagi karya yang dihasilkan melalui usaha manusia yang mencukupi

MACP merujuk kepada penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai penggubalan RUU Tadbir Urus AI bagi mewujudkan akauntabiliti serta etika sambil mengekalkan pemakaian undang-undang sedia ada.

Menyambut baik inisiatif tersebut, MACP menyatakan komitmen untuk melindungi pencipta tempatan seiring kemajuan teknologi dan bersedia menyertai sesi libat urus berkaitan hak cipta muzik.

Sehubungan itu, Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, menjelaskan bahawa Akta Hak Cipta 1987 hanya memberikan perlindungan kepada karya hasil usaha manusia yang mencukupi, sekali gus menyebabkan karya janaaan AI tidak layak mendapat perlindungan tersebut.

Pihak kementerian menerusi MyIPO kini sedang meneliti keperluan mengemas kini perundangan berkaitan, manakala MACP telah memperkenalkan mekanisme pengesahan mandatori di portal myKarya bagi memastikan setiap pendaftaran adalah karya asli dan bukan dihasilkan oleh AI.

"Sebarang deklarasi palsu membabitkan karya janaan AI akan berdepan tindakan tegas, termasuk pembatalan pendaftaran dan penahanan bayaran royalti," menurut kenyataan itu.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bandtrack

MACP menegaskan bahawa penggunaan karya muzik oleh syarikat teknologi untuk latihan atau penjanaan kandungan AI berpotensi melanggar hak cipta ahlinya.

Oleh itu, mana-mana pihak ketiga wajib mendapatkan kebenaran bertulis dan lesen daripada MACP sebelum menggunakan repertoir tersebut, di mana penggunaan tanpa izin akan dianggap sebagai pencerobohan hak cipta yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai Badan Pengurusan Kolektif (CMO), MACP komited sepenuhnya dalam melindungi hak para pencipta muzik.

"Komitmen ini bukan menolak teknologi, sebaliknya langkah proaktif memastikan AI tidak merampas hak asasi pencipta muzik," katanya.

SAYS.com
Image via @macpberhad (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: