“Macam Hotel Bergerak!” – Lelaki Kongsi Pengalaman Mewah Dalam Gerabak Premium KTM

Wah, menarik!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @ziafmihar (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai orang memilih menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk perjalanan jauh kerana ia lebih selesa, menjimatkan kos dan tidak memenatkan berbanding memandu sendiri

Namun, tidak semua tahu bahawa kini terdapat gerabak 'premium' yang menawarkan pengalaman perjalanan jauh yang jauh lebih eksklusif dan selesa.

Baru-baru ini, seorang individu menerusi Threads @ziafmihar berkongsi tentang kewujudan gerabak khas KTM yang jarang diketahui orang ramai.

SAYS.com
Image via @ziafmihar (Threads)
SAYS.com
Image via @ziafmihar (Threads)

Perlu membuat tempahan terlebih dahulu

Dalam perkongsiannya, dia menunjukkan keadaan dalaman gerabak tersebut yang dilihat moden, luas dan serba lengkap.

Menurutnya, gerabak itu mempunyai tiga bilik, dua bilik air serta ruang makan yang selesa.

Malah, terdapat juga ruang untuk berhibur termasuk kemudahan seperti karaoke, selain pantry yang besar untuk kegunaan penumpang.

Bilik yang disediakan digambarkan sangat luas dan selesa, manakala tandasnya pula kelihatan cantik serta bersih seperti fasiliti hotel.

SAYS.com
Image via @ziafmihar (Threads)
SAYS.com
Image via @ziafmihar (Threads)
SAYS.com
Image via @ziafmihar (Threads)Image via

Difahamkan, gerabak eksklusif ini dikenali sebagai Saloon Coach. Namun, untuk menikmati kemudahan tersebut, penumpang perlu membuat tempahan terlebih dahulu kerana ia bukan gerabak biasa yang tersedia dalam setiap perjalanan.

Individu tersebut turut mendakwa bahawa penumpang boleh memilih perjalanan tertentu yang menawarkan gerabak Saloon Coach ini, menjadikannya sesuai untuk perjalanan berkumpulan, acara khas atau pengalaman perjalanan yang lebih privasi.

Perkongsian itu nyata menarik perhatian ramai yang tidak menyangka KTM menyediakan pilihan gerabak seumpama itu, sekali gus membuka perspektif baharu tentang pengalaman perjalanan rel di Malaysia.

SAYS.com
Image via @ziafmihar (Threads)

Lihat video di bawah:

@ziaf.mihar

So siapa yang nak join Bamziaf staycation dalam train KTMB? #Staycation #KTMB #VVIPCoach #FYP #Hatyai

♬ original sound – Abam Ziaf – Abam Ziaf