Maahad Tahfiz Turath Pahang Cipta Sejarah SPM 2025, GPS 0.60 Termasuk Hafal 30 Juzuk Al-Quran

Tahniah buat adik-adik Tahfiz Turath!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Tahfiz Turath
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2025 menyaksikan pencapaian membanggakan apabila institusi pendidikan tahfiz terus membuktikan keupayaan mereka dalam bidang akademik

Menurut laporan The Merdeka Times, Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang muncul sebagai antara sekolah paling cemerlang apabila berjaya merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) 0.60, sekali gus meletakkannya pada tahap hampir sempurna.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Ahmad Zamri Md Isa, berkata seramai 25 daripada 48 calon berjaya memperoleh keputusan semua A, manakala keseluruhan calon mencapai 100 peratus kelayakan sijil.

"Pada tahun 2025 Maahad Tahfiz Turath ini telah memperoleh GPS 0.60 mata. Maksudnya dia capai antara A dengan A plus. Jadi dah dibuktikan bahawa Maahad Tahfiz Turath ini satu pencapaian yang sangat besar kepada negeri Pahang," katanya.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Kejayaan tersebut bukan sahaja dari segi akademik, malah merangkumi pembangunan sahsiah pelajar secara menyeluruh

"Selain menunjukkan prestasi yang cemerlang, mereka juga dilatih untuk menghafal 30 juzuk Al-Quran dan aktif dalam bidang kokurikulum seiring dengan modal insan seimbang duniawi dan ukhrawi," katanya.

Dalam perkembangan sama, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) turut mencatatkan prestasi memberangsangkan apabila 40 daripada 70 calon memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan tersebut.

SAYS.com

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Ahmad Zamri Md Isa

Image via Malaysia Gazette

"Maahad Tahfiz Negeri Pahang tajaan Yayasan Pahang telah meneruskan pencapaian cemerlang dalam SPM 2025. Seramai 70 calon telah menduduki peperiksaan dengan 100 peratus kehadiran.

"Seramai 40 calon memperoleh keputusan semua A dalam mata pelajaran dan 100 peratus calon Layak Sijil. Pada tahun 2025 ini, Maahad Tahfiz Negeri Pahang memperoleh GPS 1.06 mata,"
katanya.

Menurut beliau, bagi elektif Pengajian Islam, tujuh daripada sepuluh mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, dengan subjek Al-Adab Wa Al-Balaghah merekodkan peningkatan tertinggi iaitu Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 1.28.

Gabungan hafazan Al-Quran dan kecemerlangan akademik catat keputusan cemerlang

Secara keseluruhan, Pahang mencatatkan seramai 671 calon memperoleh keputusan cemerlang dengan gred A+, A dan A- bagi semua mata pelajaran daripada 17,429 calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun lalu.

Pencapaian ini sekali gus memperkukuh persepsi bahawa pendidikan tahfiz mampu melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah seimbang dari segi sahsiah, rohani dan kokurikulum.

Gabungan hafazan Al-Quran dan kecemerlangan akademik dilihat sebagai satu model pendidikan holistik yang semakin mendapat perhatian dalam sistem pendidikan negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: