LRT Laluan Shah Alam Tidak Beroperasi Tahun Ini, Penilaian Keselamatan Masih Diteruskan

Masalah teknikal ini telah menangguhkan peralihan projek ke fasa operasi percubaan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengesahkan bahawa operasi LRT Laluan Shah Alam tidak akan dimulakan pada tahun ini

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan, dalam satu taklimat media yang diadakan di Stesen Stadium Shah Alam.

Menerusi satu kenyataan Prasarana, selaku pemilik aset, dan kontraktor utama projek, Setia Utama LRT3 Sdn Bhd (SULRT3), menjelaskan dalam kenyataan bersama bahawa penangguhan itu disebabkan oleh 33 isu teknikal.

Isu-isu ini, yang melibatkan ralat perisian dan gangguan sistem, dikesan sepanjang tempoh ujian larian tanpa gagal (fault-free run atau FFR) selama 2.5 bulan.

Masalah teknikal ini telah menangguhkan peralihan projek ke fasa operasi percubaan.

SAYS.com
Image via NSTP/FAIZ ANUAR

Isu keselamatan dan operasi punca penangguhan

Kenyataan itu menjelaskan bahawa isu-isu teknikal yang dikenal pasti melibatkan aspek keselamatan, operasi, dan prestasi sistem.

Masalah-masalah ini memerlukan langkah pembetulan segera sebelum laluan LRT itu dapat dipertimbangkan untuk dibuka bagi kegunaan awam.

Projek tersebut kini sedang melalui Fasa Pengujian dan Pentauliahan (T&C).

Fasa ini merangkumi ujian percubaan, Ujian Larian Tanpa Gagal (FFR), dan operasi percubaan. Setelah fasa T&C selesai, semua dokumen teknikal yang berkaitan akan dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk permohonan Lesen Pengendali Rel.

SAYS.com
Image via Rapid KL (Facebook)

"Sepanjang FFR bermula pada 26 Ogos 2025, beberapa isu teknikal melibatkan aspek keselamatan, operasi dan prestasi telah dikenal pasti. Isu-isu ini memerlukan tindakan pembetulan oleh pihak terlibat termasuk kontraktor isyarat, kontraktor tren (LRV), dan SULRT3 sebelum sistem boleh diterima oleh Prasarana dan seterusnya melangkah ke fasa operasi percubaan.

"Bagi tren utama atau "Golden Train", ujian FFR mensyaratkan pemanduan tanpa henti sejauh 4,000 km tanpa sebarang kegagalan. Bagi set tren lain dalam kumpulan yang sama, jarak ujian ditetapkan pada 3,000 km, manakala tren selebihnya perlu melengkapkan 2,500 km sebelum memperoleh kelulusan untuk operasi.

"Untuk rekod, sebanyak 11 percubaan FFR telah dilaksanakan sebelum ini; namun, jarak perbatuan yang ditetapkan belum dapat dicapai berikutan beberapa isu teknikal yang dikenal pasti sepanjang proses tersebut," katanya.

Dari segi operasi, kesiapsiagaan telah dipertingkatkan dengan kehadiran lebih 800 kakitangan yang telah melengkapkan semua latihan mandatori.

Rapid Rail, selaku pengendali Laluan Shah Alam, turut memperkukuh persiapan dengan melaksanakan Latihan Lapangan (On-Job Training). Petugas barisan hadapan ditempatkan di laluan rel yang sedia ada untuk mendapatkan pendedahan tambahan, khususnya dalam bidang pengurusan orang ramai (crowd control).

Dalam usaha memastikan keupayaan operasi mencapai tahap optimum, satu Latih Amal Pelan Tindakan Kecemasan telah diadakan pada 12 November 2025.

Latihan ini bertujuan menguji kecekapan operasi semasa berlaku krisis dan memperkukuh koordinasi antara kakitangan stesen dengan agensi-agensi penyelamat.

SAYS.com
Image via Rapid KL (Facebook)
SAYS.com
Image via Rapid KL (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: