LHDN Dedah Hampir 15,000 “Jutawan Senyap” Ada RM10 Bilion Di Luar Negara Tanpa Lapor Cukai

Difahamkan, seramai 14,858 individu terlibat masih belum mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mendedahkan bahawa hampir 15,000 pemastautin cukai Malaysia dikenal pasti mempunyai akaun kewangan di luar negara bernilai lebih RM10 bilion, namun gagal mengemukakan pelaporan cukai

Menurut kenyataan rasmi di Facebook LHDNM, pengesanan itu dibuat hasil kerjasama pertukaran maklumat akaun kewangan antarabangsa dengan lebih 100 negara, bertujuan mengenal pasti ketidakpatuhan cukai, khususnya melibatkan pendapatan dan aset di luar negara.

Difahamkan, seramai 14,858 individu terlibat masih belum mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) walaupun memiliki baki akaun luar negara yang signifikan.

Antara negara yang terlibat termasuk Luxembourg, Hong Kong, Guernsey, Cayman Islands, Bahamas dan Bermuda. Lokasi-lokasi ini sering dikaitkan dengan pusat kewangan antarabangsa.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Nomad Photographer

LHDN turut memaklumkan pihaknya telah menghantar peringatan awal kepada individu terlibat sebagai langkah menggalakkan pematuhan secara sukarela, atau dikenali sebagai pendekatan nudging

Langkah berkenaan memberi peluang kepada pembayar cukai untuk membuat semakan serta mengisytiharkan pendapatan mereka sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan diambil.

Dalam masa yang sama, LHDN menggesa pemastautin cukai Malaysia yang mempunyai pendapatan luar negara yang belum dilaporkan supaya tampil secara sukarela dalam tempoh terdekat bagi mengelakkan penalti dan tindakan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Secara ringkasnya, kalau ada pendapatan luar negara yang sepatutnya dikenakan cukai di Malaysia, sekarang adalah masa terbaik untuk lapor sebelum dikenakan tindakan lebih tegas.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Cukai Pendapatan

Lihat kenyataan penuh di bawah:

SAYS.com
Image via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: