Letak Keranda Tepi Jalan, Cara ‘Rare’ Pemuda Tegur Mat Rempit Undang Perhatian Ramai
Kalau tak insaf juga tak tahulah kan.
Cover image via TikTokFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tindakan sekumpulan pemuda di Batu 12, Sungai Burong, Petaling Jaya yang meletakkan sebuah keranda di bahu jalan ternyata mencuri perhatian ramai di media sosial baru-baru ini
Malah, ia turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh pengguna dikenali sebagai @arep743 di TikTok, kelihatan beberapa lelaki mengeluarkan keranda putih dari sebuah van jenazah sebelum meletakkannya di tepi jalan yang sering dijadikan lokasi lumba haram.


Apa yang lebih menarik perhatian, tindakan tersebut bukan dilakukan secara suka-suka, sebaliknya sebagai satu bentuk 'peringatan' buat golongan mat rempit yang gemar berlumba di kawasan berkenaan.
"Tengok siapa yang kena," tulisnya.
Difahamkan, kumpulan pemuda itu dipercayai terdiri daripada kariah masjid sekitar kawasan berkenaan. Pendekatan 'luar kotak' itu dilihat sebagai satu bentuk sindiran sinis namun cukup mendalam maksudnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha mereka yang disifatkan sebagai kreatif dan berani dalam menyampaikan mesej
Ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'dakwah senyap' yang lebih memberi kesan berbanding teguran biasa, kerana ia terus menusuk emosi dan membuka mata tentang realiti sebenar risiko di jalan raya.
Tidak kurang juga yang berharap agar pendekatan seperti itu dapat diperluaskan di kawasan lain yang sering menjadi port mat rempit, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan dan kehilangan nyawa akibat aktiviti tidak bertanggungjawab itu.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



