Lesen Pemandu Bas Nahas UPSI Rupanya Dah Tamat Sejak 1998, 22 Saman Masih Belum Diselesaikan

Difahamkan, pemandu bas itu tidak pernah memperbaharui lesen memandunya sejak tamat tempoh lebih 25 tahun lalu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Malaysia Gazette
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pendedahan mengejut dibuat apabila lesen memandu salah seorang pemandu bas persiaran yang terlibat dalam nahas tragis membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) didapati telah tamat tempoh sejak November 1998

SAYS.com
Image via Harian Metro

Menerusi laporan Kosmo!, perkara itu didedahkan menerusi Laporan Akhir Pasukan Petugas Khas Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan, berhubung kemalangan maut sebuah bas persiaran di Kilometer 53, Jalan Raya Timur–Barat (Jeli–Gerik), Perak, yang berlaku pada 9 Jun tahun lalu.

Menurut laporan tersebut, pemandu bas berusia 53 tahun itu didapati tidak pernah memperbaharui lesen memandunya sejak tamat tempoh lebih 25 tahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi pemandu bas berusia 39 tahun yang turut terlibat dalam insiden sama memiliki lesen memandu yang masih sah sehingga Disember 2026.

Siasatan lanjut turut mendapati kedua-dua pemandu mempunyai rekod saman jalan raya yang tinggi, termasuk saman aktif yang masih belum diselesaikan, berdasarkan semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

SAYS.com
Image via Media Mulia Sdn Bhd (Kosmo!)

"Pemandu berusia 53 tahun memiliki sebanyak 22 saman, manakala pemandu berusia 39 tahun mempunyai 13 saman yang masih belum dijelaskan.

"Penemuan ini memberi gambaran jelas mengenai tahap ketidakpatuhan terhadap keperluan perundangan asas pemanduan, selain menimbulkan persoalan serius berkaitan keberkesanan pengawasan operasi serta amalan pengurusan keselamatan dalam pengendalian kenderaan komersial,"
katanya.

Terdahulu, 15 pelajar UPSI terkorban dalam kemalangan tragis melibatkan sebuah bas persiaran dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur–Barat, Perak

Difahamkan, bas berkenaan sedang dalam perjalanan pulang ke kampus UPSI di Tanjung Malim dari Jerteh, Terengganu ketika kejadian berlaku.

Dalam insiden terbabit, pemandu bas berusia 39 tahun serta pembantunya yang berusia 53 tahun turut mengalami kecederaan.

SAYS.com
Image via Malaysia Gazette

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: