Lesen Memandu ‘Mati’ Lebih 36 Bulan Tak Layak Dapat BUDI95 – JPJ
Difahamkan, tindakan ini penting untuk memastikan kelayakan berterusan untuk menerima subsidi BUDI95.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan pemegang lesen memandu perlu memastikan lesen mereka aktif untuk menerima subsidi minyak
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang telah tamat tempoh melebihi 36 bulan tidak lagi layak untuk menerima subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Kenyataan ini telah dikongsikan JPJ di laman rasmi Facebook.

Hanya untuk LMM aktif yang tamat sah lakunya tidak melebihi 36 bulan
"LMM yang diklasifikasikan aktif adalah lesen yang tamat sah lakunya tidak melebihi 36 bulan dari tarikh akhir pembaharuan sebelumnya," kata JPJ.
JPJ juga mengatakan lesen yang masih layak menerima BUDI95 boleh memperbaharui lesen secara terus tanpa sebarang ujian tambahan.
Menurut mereka, tindakan ini penting untuk memastikan kelayakan berterusan untuk menerima subsidi BUDI95.
"Sekiranya mana-mana individu memandu kenderaan motor, lesen memandu yang dipegangnya hendaklah masih berkuatkuasa iaitu belum tamat tempoh," katanya.
Jika pembaharuan lesen tidak boleh dilakukan secara terus, pemegang lesen diwajibkan menjalani semula ujian kompetensi memandu di mana-mana Institut Memandu.
Lesen memandu boleh diperbaharui dengan mudah terus di aplikasi MyJPJ, portal mySIKAP JPJ, UTC, Pejabat Pos Malaysia Berhad atau mana-mana platform yang diiktiraf.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 