Les’ Copaque Umum Taman Tema Upin & Ipin Bakal Dibuka Di King’s Park, Genting Highlands

Taman tema baharu itu akan menampilkan tarikan imersif yang diinspirasikan daripada kembar animasi ikonik Malaysia tersebut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Kompasiana
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siri animasi kegemaran ramai, Upin & Ipin, yang telah membuktikan potensi dan kualiti animasi Malaysia, bersedia untuk mengembangkan jangkauannya secara signifikan menjelang ulang tahunnya yang ke dua dekad

Sempena menyambut ulang tahunnya yang ke-20, Les' Copaque Production Sdn Bhd, pencipta siri tersebut, telah mengumumkan penubuhan 'Upin & Ipin Theme Park'. Taman tema ini dijadualkan untuk dibuka di King's Park, Genting Highlands, Pahang.

Menerusi laporan New Straits Times, pengumuman penting ini dibuat susulan majlis menandatangani perjanjian mercu tanda antara Les' Copaque dan King's Park Management Sdn Bhd.

Majlis bersejarah berkenaan telah berlangsung baru-baru ini di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.

SAYS.com
Image via Bernama

Taman tema Upin & Ipin cerminan inspirasi dan ikon budaya Malaysia

Taman tema baharu yang bakal dibina ini akan menampilkan tarikan yang imersif (menyeluruh) yang diinspirasikan daripada kembar animasi ikonik Malaysia tersebut.

Pengarah Urusan Les' Copaque, Datuk Burhanuddin Md Radzi, menyatakan, "Dari impian kecil pada tahun 2005 untuk menjadi studio animasi paling disayangi di Malaysia, perjalanan kami sentiasa didorong oleh minat dan tujuan. Taman Tema Upin & Ipin ini menandakan babak baharu yang berani, yang menghidupkan kisah-kisah kami dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang."

Manakala, Pengarah Urusan King's Park, Darren Yang, menambah, "Kami berbesar hati bekerjasama dengan Les' Copaque untuk mewujudkan destinasi keluarga bertaraf dunia di Genting Highlands. Upin & Ipin adalah ikon budaya, dan taman tema ini akan meraikan kreativiti Malaysia di pentas global."

Siri Upin & Ipin yang menampilkan kembar yang ingin tahu dan suka mengembara itu telah mencapai kejayaan besar di dalam dan luar negara.

Kejayaan ini dibuktikan melalui pelbagai anugerah dan filem pecah panggung seperti Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016) dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (2019).

SAYS.com
Image via Bernama
SAYS.com
Image via The Sun

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: