Lenggong Diiktiraf UNESCO Global Geopark, Bakal Umum 23 April Depan

Pencapaian itu membanggakan dan menjadi titik penting dalam usaha melonjakkan jenama Lenggong ke peringkat antarabangsa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian & UNESCO
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lenggong Geopark di Perak bakal melakar sejarah baharu apabila tersenarai sebagai salah satu daripada 12 UNESCO Global Geoparks (UGGp) yang diiktiraf bagi tahun ini

Menerusi hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, memaklumkan bahawa pengiktirafan tersebut telah dinyatakan menerusi International Geoscience and Geoparks Programme (IGGP).

Walau bagaimanapun, pengumuman rasmi mengenai status berprestij itu dijadualkan bakal dilakukan oleh Lembaga Eksekutif UNESCO pada 23 April ini.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via UNESCO

Penyampaian sijil bakal diadakan di ibu pejabat UNESCO di Paris

Majlis penyampaian sijil bagi UNESCO Global Geoparks dijadualkan berlangsung pada 27 April 2026 di ibu pejabat UNESCO yang terletak di Paris.

Menurut Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, pencapaian luar biasa ini merupakan satu kebanggaan serta menjadi titik tolak penting dalam usaha memperkukuh dan melonjakkan jenama Lenggong ke persada antarabangsa.

"Saya amat berbangga kerana tercapai impiannya bagi melonjakkan jenama Lenggong ke taraf antarabangsa setelah awalnya saya selaku Menteri Tenaga & Sumber Asli ( KeTSA ) pada 2021 membawa Geopark ke Lenggong," katanya.

Beliau menambah bahawa pencapaian tersebut mengukuhkan lagi komitmen terhadap pemuliharaan alam semula jadi serta pengurusan mampan di kawasan yang mempunyai nilai antarabangsa yang tinggi.

Pengiktirafan yang bakal diterima ini turut membuktikan bahawa Lenggong memiliki khazanah warisan bertaraf dunia yang sangat penting untuk terus dipelihara.

"Semua ini tidak akan diperolehi jika tiada kerjakuat Badan Pengurusan Lenggong Geopark, Komuniti Tempatan dan disokong Kerajaan Negeri Perak, NRES melalui Jabatan Mineral & Geosains ( JMG ) Perak dan Malaysia.

"Melalui pengiktirafan ini nanti, saya yakin kita berkeupayaan melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam memelihara kelestarian alam sekitar serta mengurus kawasan geopark yang memiliki nilai sangat tinggi dan berkepentingan antarabangsa, negara dan komuniti setempat dalam Kawassn LENGGONG UNESCO GLOBAL GEOPAK," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: