Lelaki Tunai Janji Lari 8KM Lepas TokTi Reply Threads – “Kesilapanku, Keegoaanmu!”

Tak pasal-pasal kena lari betul-betul ya bang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @lutfillehadi (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads mencuri tumpuan di media sosial apabila 'gurauan' yang dibuat akhirnya bertukar menjadi cabaran sebenar

Menerusi perkongsian oleh @lutfillehadi, gara-gara mendapat respon daripada Biduanita Negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza (TokTi), dia menyahut cabaran untuk berlari sejauh 8 kilometer (8km).

Pada awalnya, dia hanya berseloroh mengatakan dia sanggup berjoging sejauh 5 kilometer seawal jam 5.30 pagi jika penyanyi tersohor itu membalas ciapannya.

Namun, siapa sangka gurauan itu menjadi kenyataan apabila TokTi sendiri tampil membalas, malah menaikkan lagi tahap cabaran.

"Up sikit 8km… 5.30 pagi tau! Bukan 5.30 petang," tulisnya.

Respon tersebut nyata mengejutkan Lutfil, namun dia tidak sekadar berdiam diri

Sebaliknya, lelaki itu membuktikan kata-katanya bukan sekadar cakap kosong apabila benar-benar bangun seawal subuh dan menunaikan larian sejauh 8km seperti yang dijanjikan.

Terbaharu menerusi perkongsiannya, Lutfil turut memuat naik bukti larian tersebut, sekali gus mengundang reaksi terhibur daripada netizen yang rata-rata kagum dengan kesungguhannya.

Dalam masa sama, dia sempat berseloroh mengakui 'serik' dengan tindakannya sendiri.

"Aku dah nekad tak nak tag artis lagi, lagi-lagi bab running ni. Nasib TokTi tak minta 20km," katanya.

Lihat video di bawah:

@lutfillehadi

@Siti Nurhaliza request 8km run pukul 5.30 pagi. Kita bagi 8km run pukul 5.30 pagi.

♬ Kesilapanku Keegoanmu_Dato Sri Siti Nurhaliza – Abg Jiwang_Official
SAYS.com
Image via Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via