Lelaki Tikam Rakan Selepas Berang Ditegur Suara Tidak Merdu Ketika Menyanyi
Teguran tersebut dikatakan telah menimbulkan rasa malu dan tercabar dalam diri suspek.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Meluangkan waktu bersama rakan-rakan bukan sekadar mengisi masa lapang, tetapi merupakan satu aspek penting dalam mengekalkan kesihatan mental dan emosi
Di antara pelbagai aktiviti sosial yang menjadi kegemaran ramai, karaoke sering kali muncul sebagai pilihan yang paling popular.
Ini adalah kerana aktiviti menyanyi secara berkumpulan menawarkan peluang unik untuk melepaskan tekanan dan ekspresi diri tanpa sebarang rasa malu.
Namun, pertikaian antara dua orang sahabat karib, Bobby Rahman Pohan dan Erik Pohan Dabuke telah membawa kepada pergaduhan sehingga akhirnya meragut nyawa salah seorang.

Tegur suara tidak merdu sehingga tidak sengaja membunuh
Menurut laporan daripada Netral News, satu perselisihan maut telah berlaku melibatkan dua orang lelaki warga Indonesia, Bobby Rahman Pohan dan Erik Pohan Dabuke.
Sebelum insiden tragis itu tercetus, kedua-dua sahabat tersebut dilaporkan sedang minum tuak (arak) sambil berkaraoke bersama-sama.
Bobby mendakwa bahawa punca utama pertelingkahan itu adalah apabila mangsa, Erik, menegur suara nyanyiannya yang didakwa tidak merdu. Teguran tersebut dikatakan telah menimbulkan rasa malu dan tercabar dalam diri Bobby.
"Kami bernyanyi-nyanyi. Kerana saya tidak pandai menyanyi, dia memarahi saya. 'Janganlah kau menyanyi, memalukan sahaja.'"

Suspek semasa ditahan.
Image via Netral NewsTeguran sinis itu telah menyemarakkan kemarahan Bobby, yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk. Dalam kemarahan, Bobby bertindak memanjat tiang jambatan gantung (titi gantung), memecahkan lampu, dan mencabar Erik untuk berlawan.
Mangsa pula menyahut cabaran tersebut sambil memegang batu. Pergaduhan fizikal kemudiannya meletus, di mana Bobby bertindak menikam leher Erik menggunakan serpihan kaca.
"Saya beremosi, saya amat menyesal. Kami telah berkawan selama enam tahun. Saya sama sekali tidak berniat untuk membunuhnya."
Berikutan kejadian itu, Ketua Polis Medan Timur, Kompol Agus M. Butarbutar, mengesahkan bahawa suspek kini sedang disiasat di bawah Pasal 338 Jo 351 ayat (3) Kanun Undang-Undang Jenayah (KUHP).
"Kami akan memproses kes ini secara profesional. Kami hanya menunggu hasil bedah siasat sebelum berkas diserahkan ke peringkat seterusnya."
Bobby Rahman Pohan telah ditahan di kediamannya di Belawan Bahagia selepas pihak polis menerima laporan mengenai insiden di Jambatan Titi Gantung, Jalan Stasiun Kereta Api Medan, pada malam 16 November 2025.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 