Lelaki Thai Ditipu Beli Petrol Dapat Air, Kerugian Hampir RM5,000

Bayar petrol dapat air pula.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki dari Thailand baru-baru ini titip pesan kepada orang ramai supaya berhati-hati membeli bahan api

Perkara ini berlaku susulan dia telah menerima air bukannya petrol selepas membuat bayaran sebanyak 40,000 baht (RM4,809).

Kejadian ini berlaku di daerah Bueng Samphan, Phetchaburi, Thailand.

Menurut laporan daripada Thaiger, perkongsian ini dibuat oleh Amnat Thueansantier di Facebook yang menunjukkan dia dan pekerjanya menyalurkan keluar air dari enjin pengorek telaga.

Amnat juga merupakan seorang pemilik syarikat penggalian air telaga.

Bayar untuk petrol dapat air

Kejadian berlaku apabila dia menyuruh stafnya untuk memberi petrol di satu kedai kecil di daerah itu dan telah membayar 40,000 baht akibat kekurangan bahan api.

Setelah mengisi 'minyak' ke enjin pengorek telaga, dia mendapati mesin itu tidak hidup.

SAYS.com
Image via Thaiger

Pada mulanya, dia menyangka perkara ini berlaku akibat kerosakan fuel injection (sistem bahan api). Setelah menyiasat, dia mendapati tangki itu dipenuhi air bukannya minyak.

Dia kini terpaksa menyalur keluar semua air dari enjin tersebut dan mengisi dengan petrol semula. Mujur buat Amnat, enjin itu hidup seperti biasa tanpa kerosakan air.

SAYS.com
Image via Thaiger

Menurut Amnat, sebelum ini staf yang disuruhnya pernah membeli petrol di kedai yang sama dengan nilai 50,000 hingga 60,000 baht (RM6,000 hingga RM7,213) tanpa sebarang masalah.

Dia kini menggesa orang ramai supaya sentiasa memeriksa bahan api dengan lebih teliti selepas pembelian terutamanya di stesen minyak kecil.

Amnat juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik premis berkenaan.

SAYS.com
Image via Amnat Thueansantier / Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: