Lelaki Terselamat Daripada Serangan Anjing Gara-Gara Iphone Meletup Dalam Poket
iPhone meletup menjadi penyelamat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa sangka kemalangan teknologi yang sepatutnya merosakkan hari anda menjadi penyelamat
Inilh yang berlaku ke atas seorang lelaki warga Brazil yang terselamat daripada serangan anjing ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya.
Menurut laporan dari Dexerto, Reinaldo Duarte De Almeida, mekanik, sedang berjalan ke tempat kerjaya dan secara tiba-tiba diserang oleh dua ekor anjing.
Salah satu dari anjing itu melompat ke lehernya dan Almeida bertindak untuk melindungi dirinya.
Hal ini membuatkan anjing itu tergigit poket seluarnya di mana telefon milik Almeida berada.
Telefon meletup menyelamatkan nyawanya
Selepas gigitan itu, anjing tersebut secara tidak sengaja menggigit sekaligus menyebabkan bateri telefon itu untuk meletup.
Almeida cedera di kaki dan jari manakala dan letupan itu mengejutkan anjing sekaligus ia lari.

Menurut laporan daripada berita tempatan, dia dihantar ke bahagian kecemasan dengan kecederaan terbakar di kaki dan jarinya. Almeida mendapat lapan jahitan untuk setiap gigitan anjing tersebut.

Anjing yang menyerang itu sebenarnya ada milik seseorang dan Almeida tidak mahu melaporkan tindakan undang-undang dan memaafkan pemilik anjing tersebut.
Dia mengatakan cukuplah sekadar pemilik anjing tersebut membayar bil perubatan dan menggantikan telefon baharu.
Anjing-anjing tersebut kini diletakkan di bawah jagaan anak saudara pemilik.
Polis Brazil melaporkan perkara ini sebagai kes kecuaian dalam menjaga haiwan yang dimiliki.
"Sangat berbahaya. tapi itulah yang menyelamatkan saya. Kejadian yang sangat pelik. Saya baru sahaja membeli telefon ini 20 hari lepas, tapi itulah yang menyelamatkan nyawa saya," kata Almedia.
Iphone bukanlah telefon yang mudah terbakar secara tiba-tiba. Tetapi iPhone boleh meledak jika baterinya dicucuk.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 