Lelaki Terkejut Jumpa Baju ‘Made In Malaysia’ Ada Dijual Di Outlet Popular Jepun

Sebagai rakyat Malaysia, admin bangga!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @uncle_jebat (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau melancong ke Jepun, memang seronok kalau dapat shopping di butik fesyen mereka yang terkenal dengan harga berpatutan dan pelbagai design trendy

Namun, baru-baru ini seorang lelaki Malaysia tidak menyangka apabila baju yang dibeli di sana rupa-rupanya buatan negara sendiri.

Menerusi perkongsian video TikTok oleh @uncle_jebat, dia dilihat singgah di butik pakaian terkenal Jepun, GU, untuk mencuci mata dan beli baju.

Tetapi, dia terkejut apabila dia membelek label pada sehelai baju yang digantung di situ rupa-rupanya tertera tulisan 'Made in Malaysia'.

Dia juga sempat bertanya kepada warganet sama ada mereka tahu di mana sebenarnya baju GU itu dihasilkan di Malaysia, dan berapa pula harganya di sini

"Aku kan jauh-jauh datang sampai ke Jepun. Aku nak cari baju, dia orang cakap dekat GU ni murah. Memang murah tapi perkaranya adalah, tengok dekat tag dia ni 'Made in Malaysia'. Kenapa aku susah-susah terbang, datang ke Tokyo. Aduh," katanya.

Ramai netizen turut terhibur dengan 'plot twist' itu dan ada yang bangga bila hasil buatan Malaysia mendapat tempat di butik antarabangsa.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via