Lelaki Tampal QR Code Bank Sendiri Di Restoran Sempat ‘Kaut’ RM6.60 Sebelum Kantoi

Ketika kejadian, lelaki berkenaan masuk ke sebuah restoran dan memesan tiga bungkus nasi lemak.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pura-pura beli makanan, lepastu tampal QR palsu, itulah taktik licik seorang lelaki yang cuba kaut untung senang dengan menyasarkan beberapa restoran sekitar Lembah Klang

Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian terbaru di sebuah restoran milik Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Mohamed Mosin Abdul Razak di ibu negara, lelaki itu masuk ke premis dan berpura-pura memesan tiga bungkus nasi lemak.

Namun, niat sebenarnya bukan untuk makan sebaliknya dia dilaporkan menukar kod QR bayaran di kaunter dengan kod miliknya sendiri bagi mengaut keuntungan mudah.

"Ketika petugas restoran sibuk menyediakan pesanan, lelaki itu kemudian mengeluarkan kod QR dan menampalnya di kaunter bayaran.

"Dia kemudian memberi alasan untuk mengambil wang di kereta yang terletak di luar sebelum terus beredar," katanya.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Petugas tidak sedar resit yang ditunjukkan itu adalah palsu

Menurut beliau, kejadian hanya disedari apabila ada pelanggan lain yang membuat bayaran.

"Kejadian itu hanya disedari apabila seorang pelanggan membuat bayaran, tetapi wang tersebut tidak masuk ke akaun restoran. Bila diperiksa semula, barulah pekerja saya perasan ada kod QR lain yang ditampal di kaunter," katanya.

Beliau menambah, mujurlah perkara itu dikesan dengan cepat, kerana jika dibiarkan lebih lama, jumlah kerugian mungkin jauh lebih besar.

"Dia sempat dapat RM6.60. Saya difahamkan lelaki itu juga menggunakan taktik sama di sebuah premis di Rawang sehari sebelum itu.

"Bayangkan jika dia letak kod QR sendiri di berpuluh kedai, berapa banyak yang dia dapat. Saya harap pemilik premis atau pengusaha restoran peka dengan keadaan ini bagi mengelak perkara yang tidak diingini," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Slurp!

Sebelum ini, katanya pihak PRESMA pernah menerima laporan tentang pelanggan yang menggunakan resit lama sebagai bukti pembayaran atas talian untuk mengaburi mata pekerja kaunter.

Beliau menjelaskan, ketika waktu operasi yang sibuk, ada petugas tidak menyedari resit berkenaan sebenarnya palsu atau sudah digunakan di premis lain, sekali gus membuatkan mereka menyangka bayaran telah pun dibuat.

"Ini antara cabaran pengusaha restoran hari ini. Kita ke arah digitalisasi sepenuhnya, tapi ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang untuk menipu," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: