Lelaki Tak Sangka Terima Hasil Lukisan Anak, Terus Jadi Identiti Bisnes Ayam Segar – “Power!”

Kadang-kadang, benda simple itulah yang paling bermakna.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang bapa tidak menyangka lukisan ringkas yang dihasilkan oleh anak sulungnya menjadi sesuatu yang cukup bermakna

Bukan sekadar karya biasa, tetapi terus diangkat menjadi logo rasmi untuk perniagaannya.

Menerusi perkongsian di Threads, lelaki itu menceritakan bagaimana anaknya tiba-tiba memanggilnya dan menunjukkan satu lukisan yang dihasilkan khas untuknya.

"Ayah, abang ada lukis logo untuk ayah," kata anaknya.

SAYS.com
Image via @angahayamsegar (Threads)

Ayat ringkas itu mungkin kedengaran biasa, namun bagi seorang ayah, ia cukup untuk menyentuh hati. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui lukisan tersebut dibuat dengan ikhlas oleh anak sendiri.

Difahamkan, lelaki itu menjalankan perniagaan menjual ayam segar

Tanpa berfikir panjang, dia terus melihat potensi pada lukisan tersebut dan mengambil keputusan untuk menjadikannya sebagai logo rasmi bisnesnya.

Namun, bagi memastikan ia lebih kemas dan sesuai digunakan secara profesional, dia melakukan sedikit sentuhan semula dengan bantuan teknologi seperti ChatGPT untuk memperhalusi reka bentuk tersebut.

Apa yang menarik, logo itu bukan sahaja membawa identiti perniagaan, tetapi juga mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

SAYS.com
Image via @angahayamsegar (Threads)

Perkongsian ini turut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya tersentuh melihat hubungan rapat antara anak dan ayah, selain memuji usaha lelaki tersebut yang menghargai hasil karya anaknya.

Lihat Threads di bawah:

SAYS.com
Image via @angahayamsegar (Threads)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
MOST READ
0

Category of interest