Lelaki Selamba Tayang Kemaluan Di Kedai Kosmetik Kuantan, Ramai Risau Keselamatan Pekerja Wanita

Bahaya betul.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @putrishanis (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu kejadian tidak senonoh melibatkan seorang lelaki yang didakwa menunjukkan alat sulitnya kepada pekerja wanita di sebuah kedai kosmetik di Kuantan, Pahang telah mencetuskan kebimbangan ramai

Insiden tersebut mula mendapat perhatian selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dikongsikan di platform TikTok oleh akaun @putrishanis.

Rakaman berkenaan memaparkan lelaki terbabit memasuki kedai dengan penampilan seperti pelanggan biasa yang ingin membeli barangan.

Namun selepas berada beberapa minit di dalam premis, individu tersebut bertindak tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya kepada pekerja wanita yang sedang bertugas.

Menurut pihak kedai, premis berkenaan menggunakan sistem pintu berkunci automatik yang hanya dibuka selepas kakitangan menganggap lelaki itu sebagai pelanggan biasa

"Kedai kami memang menggunakan sistem kunci automatik. Pekerja tidak menyangka apa-apa kerana lelaki tersebut kelihatan seperti pelanggan biasa yang ingin membeli. Sebab itu pintu dibukakan," jelas pihak kedai menerusi kapsyen perkongsian berkenaan.

Susulan kejadian itu, pihak pengurusan turut menasihatkan peniaga lain agar lebih berwaspada, khususnya premis yang majoritinya dikendalikan oleh pekerja wanita.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya meluahkan rasa bimbang dan tidak selamat, selain menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat.

Ramai turut menyifatkan kejadian seperti itu sebagai ancaman serius yang tidak boleh dipandang ringan kerana bukan sahaja melibatkan gangguan seksual, malah memberi kesan psikologi kepada mangsa yang terlibat.

Lihat video di bawah:

@putrishanis

INFO PENTING ‼️ STAFF TELAH PUN MENYAMAK SEGALA BENDA DALAM KEDAI HARI INI 🤮 DAN KEDAI KAMI MEMANG AUTO LOCK! TAPI STAFF TAK EXPECT YANG DIA NAMPAK MACAM CUSTOMER NORMAL JE. DATANG NAK MEMBELI. SO MEREKA BUKA! #beauteshikosmetik #kuantan

♬ original sound – shikigami – jewok

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via