Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Kondominium Mont Kiara, Sistem Keselamatan Bangunan Didakwa Gagal Berfungsi

Difahamkan, sistem pencegah kebakaran bangunan tidak berfungsi dengan baik.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & FMT
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki berusia 38 tahun ditemukan maut selepas melecur 100 peratus dalam satu kebakaran tragis di sebuah kondominium di Mont Kiara awal pagi tadi

Menurut laporan Kosmo!, insiden yang berlaku di tingkat 26 bangunan itu turut menimbulkan persoalan mengenai tahap fungsi sistem keselamatan bangunan.

Berdasarkan kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur, panggilan kecemasan diterima memaklumkan kebakaran berlaku di salah satu unit kediaman sebelum pasukan bomba bergegas ke lokasi.

SAYS.com
Image via FMT

"Sebaik tiba, pasukan mendapati sebuah unit sedang terbakar. Operasi pemadaman serta penyelamatan digerakkan serta-merta namun berdepan kesukaran kerana sistem pencegah kebakaran bangunan tidak berfungsi dengan baik," katanya.

Difahamkan, pasukan bomba terpaksa menggerakkan dua pam angkut serta pam jentera untuk menyalurkan air ke tingkat 26 sebelum api dapat dikawal sepenuhnya

SAYS.com
Image via Kosmo!
SAYS.com
Image via Kosmo!Image via

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walau bagaimanapu, identiti mangsa belum didedahkan.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.03 pagi. Buat masa ini, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan Unit Forensik Bomba.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: