Lelaki Perancis Dedah ‘Problem’ Besar Bila Duduk Di Malaysia – “Hati-Hati Kalau Datang Sini”
Ingatkan masalah apalah tadi, buat cuak je kau bang!
Cover image via @redadteach68 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pelancong lelaki dari Perancis mendedahkan masalah besar dihadapinya sejak menetap lama di Malaysia
Menerusi video yang dikongsi di TikTok @redadteach68, lelaki tersebut sedang berada di sebuah kedai mamak bersama kawan-kawannya.
Apa yang mencuri perhatian adalah, waktu menunjukkan pukul dua pagi ketika itu dan dia sedang menikmati sepinggan roti canai.

Rupa-rupanya, 'masalah' yang dimaksudkan ialah Malaysia sentiasa ada makanan 24 jam
"Ni la problem paling besar aku sejak duduk Malaysia. Korang hati-hati kalau datang sini!" katanya.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing dah boleh relate dengan maksud video tersebut.
Antara komen daripada netizen di TikTok:



Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

MOST READ


