Lelaki Pakistan Disyaki Liwat, Cabul Kanak-Kanak & Pelajar Sekolah Di Shah Alam Diburu Polis
Setakat ini, pihak polis menerima empat laporan mengenai kejadian tersebut bermula April hingga kini.
Cover image via Harian MetroFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki warga Pakistan kini diburu polis dipercayai terlibat dalam beberapa siri kes liwat dan amang seksual melibatkan kanak-kanak lelaki serta pelajar sekolah sekitar Seksyen 27 dan 28 di Shah Alam, Selangor
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, setakat ini pihaknya menerima empat laporan mengenai kejadian tersebut bermula April hingga kini.
Katanya, kesemua kejadian itu dipercayai dilakukan oleh individu yang sama berdasarkan modus operandi suspek yang pada mulanya meminta pertolongan daripada mangsa lalu di bawa ke kawasan sunyi sebelum meliwat atau mencabul mangsa.

"Suspek yang diburu dikenali sebagai Muhammad Hassan berusia 25 tahun dan tidak bekerja.
"Sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka yang mana dua mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
"Manakala dua lagi kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika di sabitkan bersalah," katanya.
Guna helah minta bantuan ambilkan barang, pesan e-hailing
Polis mendedahkan suspek warga Pakistan yang diburu dalam kes liwat dan amang seksual memperdaya kanak-kanak lelaki dengan berpura-pura meminta bantuan seperti mengambil barang, membantunya menempah perkhidmatan e-hailing atau bertanyakan sesuatu.
Difahamkan, suspek dikesan mengekori pelajar sekolah dan kanak-kanak di sekitar Seksyen 27 dan 28 di Shah Alam sebagai sasarannya sebelum melakukan jenayah seksual itu.

Suspek yang diburu dikenali sebagai Muhammad Hassan berusia 25 tahun dan tidak bekerja.
Image via Polis Diraja Malaysia (PDRM)"Suspek memperdayakan mangsa dengan menyuruh mengambil barang di suatu tempat. Mangsa kemudian dipeluk dari belakang dan dicekik oleh lelaki berkenaan sekiranya melawan.
"Suspek juga akan meminta mangsa membantunya menempah perkhidmatan e-hailing atau bertanyakan sesuatu. Apabila mangsa leka, suspek akan menumbuk dan menarik mangsa bawa ke tempat yang dirasakan boleh melakukan perbuatan itu," katanya.
Jelas beliau lagi, suspek dipercayai telah melarikan diri ke negeri utara Malaysia dan masih berada dalam negara ini. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Siti Mahanira Mahat di talian 017-6444895.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



