Lelaki Pakai Kostum Duyung, Mengaku Diupah RM200 Untuk Promosi Gerai Air Balang
Difahamkan, lelaki itu kini disiasat dan ditahan kerana berpakaian seperti wanita serta perbuatan tidak sopan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular satu video apabila seorang lelaki yang berpakaian kostum duyung mempromosikan gerai air balang
Kejadian di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, lelaki berusia 24 tahun itu mengaku diupah untuk membuat kandungan dengan menerima bayaran sebanyak RM200.
Menurut laporan dari Harian Metro, lelaki tersebut ditahan di kawasan rumahnya di Kampung Chetok, Pasir Mas sebelum dibebaskan dengan bon jaminan sebaik keterangan diambil.
Disiasat mengikut Seksyen 19 dan 20 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan
"Merujuk kepada video yang tular memaparkan seorang lelaki berpakaian seperti duyung, kita sudah merekodkan keterangan suspek dan siasatan sudah dibuka." kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 19 dan 20 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan kerana berpakaian seperti wanita dan perbuatan tidak sopan. Suspek juga perlu hadir melaporkan diri semula pada 8 Jun.
"Rakaman berkenaan dikatakan dibuat sehari sebelum Ramadan, namun hanya dimuat naik di media sosial pada hari pertama Ramadan," katanya.

Semakan mendapati peniaga terbabit mempunyai lesen sah dan tiada peruntukan bagi undang-undang sedia ada untuk mengenakan kompaun berkaitan promosi tersebut..
Difahamkan, peniaga terbabit masih dibenarkan untuk berniaga tetapi pihak Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri mendapati gerai itu sudah ditutup sejak tular kes berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 