Lelaki Mohon Maaf Tak Sengaja Sunting Passport Malaysia & Persenda Isu Negara Haram
"Ia jelas merupakan satu cubaan untuk mengganggu ketenteraman awam, menimbulkan ketakutan dan niat jahat terhadap Kerajaan Malaysia." – Netizen.
Cover image via XFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berstatus sebagai antara pasport paling berkuasa di dunia, pasport Malaysia membolehkan rakyatnya menikmati akses bebas visa atau visa semasa ketibaan ke ratusan destinasi global
Keistimewaan ini bukan sahaja mencerminkan reputasi kukuh negara dalam diplomasi antarabangsa, malah menjadi bukti tahap keselamatan dan keyakinan negara lain terhadap pemegang pasport Malaysia.
Namun, terdapat satu ketetapan penting yang perlu diketahui oleh semua rakyat iaitu Malaysia tidak mengiktiraf negara Israel, dan sebarang perjalanan ke Israel adalah dilarang bagi pemegang pasport Malaysia kecuali atas tujuan rasmi atau khas dengan kelulusan kerajaan.
Kenyataan ini turut tertera dalam pasport Malaysia sebagai peringatan jelas bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tidak wujud dan kemasukan ke Israel tanpa kebenaran boleh membawa implikasi undang-undang.

Individu minta maaf lepas didakwa persenda pasport Malaysia
Menerusi platform X, seorang individu terpaksa tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tindakannya mengedit pasport Malaysia dan membuang bahagian yang menyatakan pendirian negara terhadap sebuah negara haram mencetuskan kecaman warganet.
Dalam hantaran asalnya, lelaki itu menulis:
"Memeriksa passport Malaysia saya sebelum merentasi sempadan dan mendapati ada perkara yang hilang."
Tindakan berkenaan mencetuskan kekeliruan awam, bahkan ada pihak mendakwa seolah-olah pendirian Malaysia mengenai negara haram tersebut telah berubah dan ia sesuatu yang boleh dianggap perbuatan serius dan sensitif, memandangkan ia melibatkan dasar rasmi negara.
Menurut seorang pengguna lain yang turut memberikan penjelasan dalam talian:
"Netizen marah dia persendakan pasport Malaysia, jadi dia pun padam hantaran tersebut."
"Dia niat nak bergurau, menyuruh audien mencari apa perkara yang hilang. Ayat: 'Passport ke seluruh duna kecuali negara haram' tu, lepas tu dia akui itu cuma fake.
Selepas hantaran itu tular dan menerima pelbagai reaksi, pengguna tersebut akhirnya memadamkannya.

Lelaki berkenaan kemudiannya tampil memberikan penjelasan dan permohonan maaf terbuka susulan kecaman yang diterima.
Katanya, dia mengakui kesilapannya dan menganggap tindakan tersebut dibuat tanpa pertimbangan yang wajar.
"Saya ingin mohon maaf. Jujurnya, saya tak fikir panjang ketika buat posting itu."
Beliau memaklumkan bahawa hantaran tersebut telah dipadam selepas menyedari ia boleh mencetuskan kekeliruan dan reaksi negatif.
"Saya dah padam dua tweet itu. Bila baca balik, baru saya sedar ia boleh timbulkan fitnah dan tak sesuai dijadikan gurauan untuk isu sensitif."
Insiden ini sekali lagi menjadi peringatan bahawa hal berkaitan dokumen rasmi negara dan pendirian sensitif bukan ruang untuk eksperimen humor di media sosial lebih-lebih lagi dalam era di mana maklumat boleh tersebar pantas dan disalah tafsir.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



