Lelaki Menyorok Atas Siling Elak Dicekup Khalwat Dengan Isteri Orang, Lepas 45 Minit Baru Buka Pintu

Menurut JAINJ, pihak berkuasa terpaksa mengetuk pintu hampir 45 minit sebelum penghuni membuka pintu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & D'Maras
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki berstatus suami orang sanggup memanjat dan bersembunyi di atas siling rumah semata-mata untuk elak dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan isteri orang di Kluang, Johor, malam tadi (10 Ogos)

Menurut laporan Harian Metro, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), kejadian berlaku sekitar jam 11 malam ketika anggota penguat kuasa bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang melakukan pemeriksaan di rumah wanita berusia 30-an selepas menerima aduan berhubung perbuatan pasangan terbabit.

Dalam operasi tersebut, JAINJ bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang melakukan pemeriksaan di rumah seorang wanita berusia 30-an selepas menerima aduan berhubung perbuatan pasangan berkenaan sejak kebelakangan ini.

Menurut JAINJ, pihak berkuasa terpaksa mengetuk pintu hampir 45 minit sebelum penghuni membuka pintu. Wanita itu mendakwa tinggal seorang diri dan tiada orang lain di rumah.

Siling terbuka undang curiga

SAYS.com
Image via Harian MetroImage via

Pemeriksaan awal di semua bilik, ruang tamu, dapur dan tandas tidak menemui sesiapa. Namun, wanita berkenaan dilihat gelisah seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu.

Hasil pemeriksaan lanjut menemui tangga dan siling terbuka. Seorang anggota penguat kuasa memanjat untuk memeriksa sebelum menemui seorang lelaki berpakaian kemeja T dan berseluar hitam sedang bersembunyi.

"Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu mempunyai isteri dan dua anak, manakala wanita terbabit masih isteri orang serta memiliki tiga anak.

"Semasa tangkapan dibuat, suami dan anak-anak wanita itu tiada di rumah. Hasil soal siasat mendapati lelaki itu meletakkan motosikal di sebuah kedai makan kira-kira empat kilometer dari rumah pasangannya.

"Wanita itu kemudian datang menjemput lelaki itu dengan menaiki kereta sebelum membawa masuk ke dalam rumah dan dipercayai membuat perancangan untuk mengelak kegiatan mereka disedari,"
katanya.

Pasangan berkenaan kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: