Lelaki Menyamar Jadi Peguam, Tinggalkan ‘Temu Janji’ Dengan Bil RM45,000 Di Restoran Mewah

Difahamkan, lelaki itu sebenarnya pernah dipenjara pada September 2023 lalu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sing Tao
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apa yang sepatutnya menjadi makan malam romantis di sebuah restoran bertaraf Michelin bertukar mimpi ngeri

Ia apabila seorang wanita terpaksa melangsaikan bil mencecah hampir RM45,700 selepas teman janji temunya menghilangkan diri tanpa jejak.

Menurut laporan Hong Kong Free Press, wanita berusia 31 tahun itu mengenali lelaki berkenaan yang mendakwa dirinya seorang peguam lewat 20-an melalui aplikasi Telegram kira-kira setahun lalu.

Pada Khamis, 29 Ogos, mereka berdua bersetuju bertemu di Man Wah, sebuah restoran Cina bertaraf Michelin yang terletak di hotel Mandarin Oriental di daerah mewah Central, Hong Kong.

Namun keadaan mula menjadi luar biasa apabila lelaki tersebut memesan dua hidangan "Man Wah Premium Set Dinner" bernilai HKD2,388 (sekitar RM1,295) setiap satu, serta sebotol champagne ultra rare Krug Clos d'Ambonnay 2002 berharga HKD71,800 (lebih kurang RM38,910).

SAYS.com
Image via LIHKG via Hong Kong Free Press

Namun, sebaik sahaja hidangan hampir selesai, lelaki itu meminta izin untuk ke tandas tetapi, langsung tidak kembali. Usaha wanita berkenaan untuk menghubunginya juga gagal, sebelum dia akhirnya terpaksa meminta bantuan rakan-rakan bagi melangsaikan bil berjumlah HKD84,453.60 (sekitar RM45,775), lapor HK01.

Sehelai gambar resit penuh bayaran itu turut tular di media sosial, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen yang terkejut dengan jumlahnya.

Wanita berkenaan pada awalnya membuat laporan polis kerana mengesyaki dirinya menjadi mangsa penipuan

Kes itu mula-mula diklasifikasikan sebagai "fraud" (penipuan) sebelum ditukar kepada "request for police assistance" (permintaan bantuan polis) selepas dia memaklumkan hanya mahu ia direkodkan.

Namun, keesokan harinya, dia tampil semula membuat laporan rasmi di Balai Polis Central.

Tidak lama kemudian, polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun bernama Wong di Tseung Kwan O, selain merampas pakaian yang dipercayai dipakainya ketika temu janji itu berlangsung.

Menurut laporan Sing Tao, Wong didakwa sempat menghubungi pihak hotel lebih awal bagi memastikan stok champagne vintaj eksklusif itu tersedia.

Media sama juga melaporkan lelaki berkenaan pernah bekerja sebagai pegawai komuniti untuk sebuah parti politik pro-establishment.

Rekod mahkamah turut mendedahkan bahawa pada September 2023, Wong pernah dijatuhi hukuman penjara dua tahun sembilan bulan selepas didapati bersalah kerana memaksa seseorang melakukan perbuatan seksual secara ancaman.

SAYS.com
Image via Sing Tao

Lelaki berkenaan kini telah dibebaskan dengan ikat jamin sementara siasatan lanjut dijalankan

Dalam pada itu, kes ini sedang disiasat di bawah kesalahan "obtaining property by deception" (memperoleh harta melalui penipuan).

Menariknya, ini bukan kali pertama kes 'dine-and-dash' atau scam janji temu romantik mencuri tumpuan di Hong Kong.

Pada bulan lepas, polis menahan seorang pemandu bas berusia 29 tahun yang didakwa memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita untuk membayar makanan mewah sebelum dia lesap begitu sahaja.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik