Lelaki Menang Kes Saman RM58,000 Kerana Dirakam ‘Bogel’ Oleh Google Street View

Tak sia-sia dia fight, banyak tu dapat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via CBS News
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki di Argentina menerima pampasan sekitar RM58,000 selepas gambarnya dalam keadaan bogel dirakam dan disiarkan oleh kamera Google Street View tanpa kebenarannya

Menurut laporan CBS News, lelaki berkenaan yang juga merupakan seorang anggota polis mendakwa dirinya dirakam dari belakang dalam keadaan tidak berpakaian ketika berada di halaman rumahnya, dilindungi oleh tembok setinggi dua meter.

Namun begitu, gambar yang memaparkan bahagian punggungnya, lengkap dengan nombor rumah dan nama jalan, bukan sahaja menjadi tatapan umum dalam Street View, malah turut disiarkan di televisyen Argentina dan tular di media sosial.

Lelaki tersebut berkata kejadian yang berlaku pada tahun 2017 itu telah mencemarkan maruah dirinya

Meskipun mahkamah sebelum ini menolak tuntutannya, rayuan yang dikemukakan akhirnya membuahkan hasil.

Dalam keputusan terbaru, mahkamah rayuan memihak kepadanya, menyatakan bahawa terdapat pencerobohan sewenang-wenangnya ke dalam kehidupan orang lain dan Google perlu bertanggungjawab.

Hakim menyatakan bahawa tindakan Google itu telah menjejaskan maruah plaintif kerana merakam dan menyiarkan tubuh bogelnya yang jelas kelihatan, meskipun wajahnya tidak dipaparkan.

Dalam penghakiman itu juga, mahkamah menekankan bahawa Google memiliki tanggungjawab untuk mengaburkan imej sensitif, sebagaimana mereka lazimnya menyamarkan wajah orang awam dan plat nombor kenderaan dalam Street View.

Namun dalam kes terbabit, bukan wajah, tetapi seluruh tubuh bogel lelaki itu yang terpapar secara terbuka adalah sesuatu yang seharusnya tidak dirakam mahupun disiarkan.

Mahkamah kemudian mengarahkan Google membayar jumlah pampasan sebanyak AS$12,500 bersamaan RM58,000 kepada lelaki tersebut sebagai ganti rugi atas pelanggaran privasi dan pencemaran maruah yang dialaminya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: