Lelaki Malaysia Kini Pegang Rekod Dunia Guinness, Miliki 42 Batang Gigi

Diaa mula menyedari ada sesuatu yang tidak biasa dengan giginya beberapa tahun lalu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Guiness World Record
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki Malaysia, Prathab Muniandy, kini secara rasmi memegang gelaran Guinness World Records (GWR) bagi kategori jumlah gigi paling banyak di dunia bagi seorang lelaki

Menurut laporan UPI, lelaki berusia 33 tahun itu dikesan memiliki 42 batang gigi, iaitu kelebihan 10 batang berbanding rata-rata manusia dewasa yang kebiasaannya hanya mempunyai 32 batang gigi.

Kisah penemuan unik ini bermula pada tahun 2021 semasa Prathab sedang menikmati waktu minum petang bersama keluarganya.

"Saya mula menyedari perkara ini pada tahun 2021 semasa majlis minum petang bersama keluarga, apabila saya memberitahu mereka bahawa saya rasa seperti ada gigi tambahan yang sedang tumbuh.

"Kami mengiranya bersama-sama dan mendapati saya mempunyai 38 batang gigi pada waktu itu. Pemeriksaan X-ray gigi kemudiannya menunjukkan terdapat empat lagi batang gigi yang masih belum tumbuh keluar. Menjelang awal tahun 2023, saya menyedari bahawa saya mempunyai sebanyak 42 batang gigi. Syukurlah, kebanyakan gigi tersebut tumbuh dengan lurus dan tanpa sebarang komplikasi," katanya.

SAYS.com
Image via GWR

Dua lagi gigi dikesan masih belum tumbuh

Meskipun mempunyai jumlah gigi yang luar biasa, Prathab menyatakan bahawa keadaan tersebut tidak mendatangkan sebarang masalah kesihatan atau komplikasi kepadanya.

"Orang ramai biasanya sangat terkejut dan pada mulanya sukar untuk mempercayainya, terutamanya apabila mereka mendapat tahu bahawa saya mempunyai 10 batang gigi lebih banyak daripada individu biasa, yang kebiasaannya hanya mempunyai 32 batang gigi,"
katanya.

Ketika proses pemeriksaan pakar pergigian untuk permohonan rekod dunia tersebut, doktor memaklumkan bahawa masih terdapat dua lagi batang gigi yang dikesan belum keluar dari gusi.

Pencapaian ini meletakkan Prathab sebagai pemegang rekod lelaki, manakala rekod bagi kategori wanita pula dipegang oleh Kalpana Balan dari India yang mempunyai 38 batang gigi.

Prathab meluahkan rasa bangga dan menyifatkan pengiktirafan ini sebagai sesuatu yang sangat istimewa dalam hidupnya.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: