Lelaki Kongsi Pengalaman Terkena ‘Nasi Kangkang’ Rakan Sekerja Wanita Dari Negara Seberang

Takutnya baca pengalaman dia.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular di laman Threads seorang lelaki berkongsi pengalamannya selepas termakan 'nasi kangkang' warga Indonesia, yang dipercayai rakan sekerjanya

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @daniealreza, segalanya bermula apabila dia jatuh hati kepada seorang pekerja kilang di tempat kerjanya.

Menurut Danieal, dia suka seorang wanita warga Filipina yang ketika itu ada niat ingin menjadi Muslim. Kebetulan, wanita tersebut berkawan rapat dengan seorang warga Indonesia dan mereka memang ke mana-mana berdua sahaja.

Namun, niatnya untuk mendekati wanita Filipina itu sering dihalang oleh kawannya kerana setiap kali mereka ingin keluar bersama, pasti kawannya ikut sekali.

Lepas termakan nasi berlauk yang dibawa oleh wanita Indonesia terbabit, lelaki tersebut terus berubah, dan tidak lagi terfikirkan wanita Filipina itu lagi

"Sekali suap, aku rasa itu adalah masakan yang paling sedap aku rasa. Masa makan tu, tiba-tiba aku nampak dalam otak aku sekali imbas, muka K yang cantik.

"Serius cntik dengan pakaian tradisional jawa. Aku makan sampai habis. Start dari situ, aku cuma fikirkan K ni je. Si K yang aku rasa tak menarik mata aku, tiba-tiba aku rasa dia lah perempuan yang paling cantik sekali dalam dunia ni.

"Otak aku sentiasa teringat dekat K. Aku dapat gaji, aku akan dahulukan K ni dulu. Padahal masa tu aku tengah saving duit sebab nak depo rumah. Tapi tak tahu kenapa aku boleh bagi gaji aku hampir semua dekat K sebab K kata nak buat rumah dekat kampung dia,"
katanya.

Keluarga terpaksa cari ustaz dari Pattani untuk berubat

Selepas kejadian itu, lelaki tersebut menjadi tidak tentu arah sehingga tak balik rumah kerana merajuk dengan keluarganya.

Malah, keluarganya sampai terpaksa menyumbatnya di dalam van dan mengurungnya di rumah.

Sehinggalah saat di mana seorang ustaz cuba mengubatinya, di situ akhirnya semua rahsia terbongkar.

Rupa-rupanya, ilmu yang digunakan oleh wanita Indonesia berkenaan memang tinggi dan susah untuk melawannya. Itu yang menyebabkan lelaki tersebut menjadi hampir gila.

Difahamkan, sehingga kini dia masih mengalami mimpi mistik yang bukan-bukan dan sudah tidak bekerja lagi di kilang itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via