Lelaki Kongsi Jumlah Belanja & Kos Dating Di Malaysia – “Cecah RM40K Setahun”
Bukan sikit-sikit kos dia.
Cover image via TikTokFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa sangka, keluar dating yang kononnya sekadar makan dan jalan-jalan boleh buat dompet menangis bila kira balik kos keseluruhan
Dating memang momen indah untuk setiap pasangan. Tapi realitinya, nak bina kenangan manis itu bukanlah murah.
Baru-baru ini, tular perkongsian seorang lelaki di media sosial yang mendedahkan kos perbelanjaan sepanjang keluar dating bersama pasangannya.

Kongsi kos yang telah dibelanjakan selama ber'dating'
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang lelaki telah menarik perhatian ramai apabila berkongsi jumlah perbelanjaan yang dihabiskan setiap kali keluar dating bersama pasangannya di Malaysia.
Dalam senarainya, dia menyusun satu per satu kos yang biasanya terpakai daripada makan di restoran, isi minyak petrol, bayaran parkir, sehinggalah aktiviti seperti menonton wayang atau keluar bersiar-siar.
Bila dicampur semua, jumlahnya boleh tahan besar walaupun hanya untuk satu temu janji ringkas.
Lebih menarik, lelaki itu turut menegaskan bahawa apa yang dikongsi hanyalah kos harian biasa, belum lagi termasuk sambutan istimewa seperti hari lahir, Valentine's Day, atau ulang tahun (anniversary) yang sudah pasti menelan belanja lebih tinggi.
Malah, dia juga berkongsi jumlah yang dikeluarkan dalam setahun iaitu mencecah RM39,000 sehingga RM40,000.








Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



