Lelaki Kongsi Cara ‘Cancel’ Tekan Butang Dalam Lift – “Tak Perlu Dah Panik Kalau Tersalah Tekan”
Mungkin ada parents yang belum tahu, boleh cuba tips ini nanti!
Cover image via @yes_iman (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, sudah pasti pernah terjadi kes di mana anak tertekan butang di dalam lif betul tak?
Tambahan pula jika ramai orang sedang berada dalam lif yang sama, mestilah ibu bapa akan cemas dan risau apa pandangan orang luar terhadap anak.
Jangan risau! Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi cara bagaimana untuk cancelkan tekan butang lif jika anak tertekan.

Tak susah rupanya, cuma tekan butang yang sama dua kali
Menerusi video yang dimuat naik oleh @yes_iman di Facebook, dia berkata sekiranya berlaku kejadian seperti itu, kita hanya perlu menekan semula butang yang sama sebanyak dua kali.
"Katakanlah anak korang tekan semua tingkat kan, korang nak cancel macam mana, just double press je. Dia akan cancel," katanya.

Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



