Lelaki Kongsi Budaya ‘Office Wife’ Di Tempat Kerja Yang Kena Elakkan

Kenali tanda-tanda ini sebelum terlambat.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Budaya rakan sekerja yang bertukar menjadi "office wife" dan "office husband" kini seringkali menjadi bualan di media sosial

"Office wife" atau "office husband" merujuk kepada rakan sekerja yang kita ada hubungan rapat, berkongsi masalah peribadi, tempat mengadu dan luang masa bersama seolah macam suami isteri.

Seorang lelaki di TikTok dengan nama President Kerajaan Langit mendedahkan lima tanda isteri ada "office husband" di tempat kerja.

Selalu cerita pasal kawan office

Image via radenlakjuna77 (TikTok)

Setiap kali pulang kerja, pastinya nama rakan sekerja itu yang sering disebut-sebut sehingga segala kebaikan lelaki itu akan diberitahu dan segala yang berkait dengan hal kerja hanya dengan seorang lelaki itu sahaja.

Masih berhubung dengan kerap di luar waktu kerja

Image via radenlakjuna77 (TikTok)

Salah satu lagi tanda adalah sering berhubung di luar waktu kerja malah ketika cuti hujung minggu sekalipun. Selain itu, antara ciri lain adalah kerap berahsia dan menukar topik apabila ditanya kembali jika ada apa-apa yang mencurigakan tentang lelaki itu.

Terlalu menjaga imej, serasi 'lain macam'

Image via radenlakjuna77 (TikTok)

Antara ciri lain adalah selalu berhias apabila ada urusan 'meeting' dan keluar bersama lelaki itu. Boleh nampak 'extra effort' ketika menjaga penampilan di tempat kerja.

Image via radenlakjuna77 (TikTok)

Tanda yang paling ketara adalah tunjuk 'excited' lain macam apabila bergurau atau bersembang mengenai rakan sekerja itu tapi apabila ditegur, isteri akan sebut "alah biasa je la tu..,".

Namun yang paling menakutkan menurutnya adalah "office wife" atau "office husband" lebih tahu mengenai emosi dan rutin harian pasangan kita daripada kita sendiri.

Katanya, jangan tunggu 'kantoi' baru nak sedar yang segalanya sudah terlambat apabila ada yang sudah berjaya 'mengambil' hati di tempat kerja.

Jika anda juga mula curiga dan kenal pasti ciri-ciri ini, mungkin ia boleh jadi rujukan untuk anda berkomunikasi dengan baik bersama pasangan. Semoga dipermudahkan!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik