Lelaki Kantoi Curang Siap Bawa Skandal Pergi Klinik, Ramai Puas Hati Tengok Isteri Tampar Suami

Hancur hati si isteri tengok suami curang depan mata.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @iffahmzzln_ (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kecurangan dalam rumah tangga memang sesuatu yang sukar diterima, lebih-lebih lagi bila ia berlaku di depan mata

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tular sebuah video memaparkan seorang lelaki yang didakwa kantoi curang dengan isterinya di sebuah klinik.

Menerusi perkongsian video di Threads, lelaki berkenaan dilihat berada di kaunter farmasi bersama seorang wanita yang didakwa skandalnya. Difahamkan, mereka sedang mengambil ubat sebelum beredar.

Namun, apa yang mencuri perhatian ialah ketika lelaki itu hampir memeluk wanita tersebut, dia tiba-tiba menghentikan tindakannya apabila menyedari ada seseorang sedang merakam mereka yang dipercayai isterinya sendiri.

Isteri terus kejar dan tampar suami

Tidak lama selepas itu, skandal lelaki tersebut terus beredar dari klinik, tetapi si isteri bertindak mengejarnya sambil menyoal hubungan mereka.

Wanita itu bagaimanapun hanya meminta isteri berkenaan bertanya terus kepada suaminya, seolah-olah enggan masuk campur dalam konflik pasangan terbabit.

Apabila disoal, lelaki tersebut cuba menafikan dakwaan curang dengan alasan bahawa wanita itu hanyalah adik kepada rakannya. Namun, jawapan itu jelas tidak meyakinkan si isteri. Malah, dia terus menampar suaminya di hadapan orang ramai kerana terlalu marah.

Pertengkaran berhenti selepas ditegur kakitangan klinik

Situasi yang tegang itu kemudian terhenti selepas seorang kakitangan klinik datang menegur ketiga-tiga mereka, terutama apabila lelaki tersebut merokok dalam kawasan klinik.

Dalam pada itu, ramai netizen turut berpuas hati dengan tindakan wanita itu menampar suaminya.

Lihat ciapan dan video penuh di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via