Lelaki Islam Di Terengganu Boleh Didenda RM3,000 Jika Tinggal Solat Jumaat Tanpa Alasan

Peringatan juga bertujuan menyedarkan orang ramai tentang undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Terengganu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan Malaysia & Kosmo & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lelaki Islam di negeri Terengganu yang sengaja meninggalkan solat Jumaat tanpa sebarang alasan munasabah kini boleh berdepan tindakan undang-undang

Mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Menerusi laporan Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata ketetapan itu adalah selaras dengan pindaan Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) 2016 yang telah digubal beberapa tahun lalu dan kini mula berkuat kuasa sepenuhnya.

Beliau menjelaskan bahawa sebelum pindaan dilakukan, tindakan hanya boleh diambil terhadap individu yang tidak menghadiri solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut.

SAYS.com

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Image via Berita Harian

Langkah itu bagi mendidik masyarakat agar lebih menghormati kewajipan solat Jumaat

Menurutnya, pelaksanaan ini bukan sahaja bertujuan mendisiplinkan umat Islam, tetapi juga sebagai langkah mendidik masyarakat agar lebih menghormati kewajipan solat Jumaat yang merupakan salah satu syiar penting dalam agama.

Namun, dengan pindaan baharu ini, jelasnya, ketetapan lebih tegas telah diperkenalkan di mana kegagalan hadir walaupun hanya sekali sudah memadai untuk membolehkan individu terbabit dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Peringatan ini penting kerana solat Jumaat bukan sekadar syiar, tetapi juga lambang ketaatan umat Islam.

"Justeru, hukuman hanya akan dikenakan sebagai jalan terakhir sekiranya peringatan tidak diendahkan individu yang culas menunaikan kewajipan itu," katanya.

SAYS.com
Image via Berita HarianImage via KosmoImage via

Muhammad Khalil memaklumkan bahawa kain rentang peringatan berhubung perkara tersebut akan dipasang di kawasan masjid seluruh negeri sebagai amaran jelas mengenai kewajipan menunaikan solat Jumaat.

Pada masa sama, katanya, langkah itu turut berfungsi untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap undang-undang yang kini berkuat kuasa di Terengganu.

Beliau dalam pada itu menyeru umat Islam di negeri ini agar melihat pelaksanaan undang-undang berkenaan sebagai satu usaha mendidik serta menjaga martabat agama, khususnya dalam membentuk kesedaran generasi muda.

"Tindakan penguatkuasaan boleh diambil melalui laporan orang awam atau menerusi rondaan serta operasi bersepadu pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bersama pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Seksyen ini sudah ada masa permulaan undang-undang digubal pada tahun 2001, kemudian berlaku pindaan pada 2016," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: