Lelaki Hilangkan Diri 6 Hari Dalam Hutan Sebab Patah Hati – “Nak Lupakan Ex”

Dia dikatakan hanya makan buah-buahan hutan dan minum air sungai sepanjang enam hari itu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via South China Morning Post
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pemuda di Hangzhou, China, sanggup mengambil langkah ekstrem demi memulihkan hati yang luka selepas putus cinta

Menurut laporan South China Morning Post, pemuda tersebut sengaja menghilangkan diri dalam hutan selama enam hari tanpa membawa telefon.

Lelaki yang dikenali sebagai Xiaolin itu dilaporkan hilang oleh abangnya selepas tidak dapat dihubungi selama tiga hari.

Difahamkan, pihak polis Yuhang District yang membuat pemeriksaan mendapati rumah Xiaolin kosong dengan telefon ditinggalkan atas meja.

Rakaman CCTV terakhir mengesan kelibat Xiaolin di kawasan Gunung Dalang pada 21 Jun, sekali gus menjalankan operasi besar-besaran melibatkan lebih 100 pegawai, anjing pengesan & dron

Akhirnya selepas enam hari, Xiaolin dijumpai di sebuah taman 40km dari lokasi dia mula-mula healing itu.

Timbalan Ketua Balai Polis Yuhang, Zhu Liliang, memaklumkan yang Xiaolin ke gunung untuk menenangkan fikiran selepas kecewa akibat putus cinta.

"Masa kami jumpa dia, baju pun dah koyak rabak," katanya.

Xiaolin juga memberitahu dia tidak makan atau minum langsung untuk tiga hari pertama. Bila sudah tak tahan sangat, barulah dia makan buah-buah hutan dan minum air dari sungai.

SAYS.com
Image via South China Morning Post

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik