Lelaki Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang, Akui Jatuh Cinta Dengan Sambalnya
Rumah sewa itu didiami wanita terbabit yang masih berstatus isteri orang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hanya kerana tertarik dengan sambal nasi lemak, hubungan terlarang antara seorang lelaki bujang dan seorang wanita yang masih bergelar isteri orang akhirnya terbongkar
Menerusi laporan Sinar Harian, mereka dicekup berkhalwat dalam satu operasi pencegahan maksiat pada malam Ahad lalu.
Serbuan dilakukan sekitar jam 11.45 malam oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas menerima aduan awam daripada penduduk setempat yang mencurigai kehadiran lelaki tidak dikenali di kediaman wanita berkenaan.
JAINJ memaklumkan dalam satu kenyataan, anggota penguat kuasa memeriksa rumah terbabit yang didiami wanita berusia 28 tahun bersama pasangan lelaki berusia 30 tahun.
"Hasil pemeriksaan mendapati rumah sewa itu didiami wanita terbabit yang masih berstatus isteri orang namun tidak lagi tinggal serumah dengan suaminya sejak beberapa tahun lalu.
"Wanita itu berkahwin dengan suaminya yang berasal dari Mersing sejak tahun 2017, namun belum dikurniakan cahaya mata," menurut kenyataan berkenaan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via CookpadHubungan jadi rapat kerana lelaki itu gemar sambal nasi lemak masakan wanita tersebut
Siasatan awal mendapati wanita berkenaan mengenali lelaki terbabit ketika mereka bekerja bersama di sebuah kedai makan di kawasan Kluang.
Malah, hubungan mereka menjadi semakin rapat kerana lelaki tersebut dikatakan begitu meminati sambal nasi lemak yang dimasak wanita berkenaan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via The Asian Parent"Lelaki itu mendakwa tertarik dengan air tangan wanita berkenaan, terutamanya sambal nasi lemak yang dimasaknya.
"Daripada sekadar pelanggan, mereka akhirnya jatuh cinta dan lebih mengejutkan mereka membuat keputusan untuk menyewa rumah bersama sejak dua bulan lalu dan tinggal seperti suami isteri," menurut kenyataan itu lagi.
Kini, kedua-duanya telah ditahan atas syak berkhalwat, dan kes disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000, penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 