Lelaki Digantung Kerja Satu Bulan Selepas Didakwa Buat Gangguan Seksual Dengan Rakan Sepejabat

Nak bergurau pun berpada-padalah, jangan sampai kena tindakan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @vitameen._ (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita berkongsi pengalaman tidak menyenangkan apabila menjadi mangsa gangguan berunsur lucah oleh rakan sekerja lelaki di pejabatnya

Menerusi perkongsian di laman Threads, kejadian itu berlaku ketika waktu rehat tengah hari apabila kebanyakan pekerja lain turun makan.

Seperti kebiasaannya, dia memilih untuk menunaikan solat terlebih dahulu sebelum keluar. Namun selepas kembali ke meja dan memakai sunscreen, situasi bertukar janggal apabila lelaki tersebut tiba-tiba masuk ke pejabat.

Tanpa segan silu, lelaki itu melontarkan kata-kata berbaur lucah dengan mengatakan wanita itu sapu 'air mani' di muka sambil ketawa.

Terkejut dengan tindakan tersebut, mangsa tidak sempat membalas sebelum lelaki itu berlalu ke tandas. Bimbang keselamatan diri, wanita berkenaan segera meninggalkan pejabat untuk mengelakkan berdua-duaan.

SAYS.com
Image via @vitameen._ (Threads)

Lebih mengecewakan, selepas waktu makan tengah hari, lelaki berkenaan terus menyebarkan cerita itu kepada rakan sekerja lain sehingga menyebabkan mangsa menjadi bahan sindiran

Tidak berdiam diri, wanita itu membuat laporan kepada pihak atasan. Hasil tindakan tegas majikan, lelaki tersebut digantung kerja selama sebulan dan diletakkan di bawah pemantauan ketat.

Amaran turut diberikan bahawa sebarang kesalahan berulang boleh menyebabkan penamatan kerja dalam tempoh 24 jam. Selain itu, pihak HR dan beberapa individu lain turut menerima surat amaran.

Walaupun lelaki terbabit datang memohon maaf, mangsa memilih untuk tidak melayan. Sebagai langkah berjaga-jaga, laporan tambahan turut dibuat bagi mengelakkan sebarang kemungkinan ancaman pada masa hadapan.

Lihat posting penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
MOST READ
0

Category of interest