Lelaki Dedah Sukar Dapat Kerja Kerana Umur 40-an, Bukan Tak Mahir Tapi Terlebih Layak
Katanya, dia telah memohon lebih 20 pekerjaan dalam tempoh setahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang rakyat Malaysia berusia pertengahan 40-an berkongsi kisah sedih tentang kesukaran mendapatkan pekerjaan
Malah, bukan kerana tidak layak, tetapi kerana dianggap "terlalu berkelayakan dan terlalu tua".
Dalam temu bual bersama SAYS, Amin Ali, 46 tahun, berkata dia telah memohon lebih 20 pekerjaan dalam tempoh setahun.
Walaupun beberapa kali dipanggil temuduga, hasilnya tetap mengecewakan. Semuanya berakhir dengan penolakan atas alasan yang sama.
"Seorang pegawai HR beritahu saya, 'Kelayakan dan pengalaman awak memang mengagumkan, tapi syarikat kami tak mahu ambil risiko sebab usia dan kelayakan awak yang terlalu tinggi'," kongsi Amin menerusi satu hantaran di Threads.
Lebih menyedihkan, ada majikan yang secara tidak langsung menyebut kebimbangan terhadap potensi masalah kesihatan yang lazim dikaitkan dengan pekerja lebih berusia sebagai sebab mereka enggan mengambil pekerja pertengahan kerjaya.
"Bila mereka cakap 'usia', maksudnya mereka anggap orang dalam lingkungan ini mula ada isu kesihatan. Itu yang mereka risau," katanya.

Amin pernah menyandang jawatan sebagai Senior Eksekutif Pemasaran Perdagangan, dan memiliki pengalaman pelbagai bidang termasuk jualan, pendidikan dan penulisan
Dengan latar belakang kukuh, resume yang bagus dan kelulusan Sarjana dalam Komunikasi, beliau sepatutnya dilihat sebagai aset. Namun begitu, diskriminasi usia terus menjadi penghalang utama yang sukar diketepikan.
Kecewa dan letih, Amin melontar persoalan yang cukup pedih, adakah rakyat Malaysia dijangka berhenti bekerja sebaik saja masuk usia 40-an? atau mereka cuma ada dua pilihan kerja gig atau kerja separuh masa, semata-mata untuk terus hidup.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Columbia SouthernHantaran Amin telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia
Amin juga menghargai sokongan dan maklum balas yang diterimanya, sambil menambah bahawa beliau kini melakukan kerja bebas untuk menyara hidup.
Apabila ditanya mengenai perubahan yang beliau harapkan dalam pasaran kerja Malaysia, Amin menyeru pendekatan pengambilan pekerja yang lebih inklusif dan holistik, yang mengiktiraf pencari kerja dari semua kumpulan umur dan latar belakang.
"Kerajaan harus mengambil pendekatan yang lebih proaktif dalam menetapkan garis panduan yang jelas untuk amalan pengambilan pekerja di sektor awam dan swasta.
"Sesetengah syarikat hanya mahu mengambil pekerja di bawah umur 30 tahun, memerlukan kefasihan bahasa asing, dan yang lebih membimbangkan tidak membenarkan pekerja menunaikan kewajipan agama mereka.
"Pihak berkuasa perlu memantau dan menilai iklan pekerjaan. Rakyat Malaysia datang dari pelbagai kumpulan umur, etnik, dan keperluan. Setiap orang berhak mendapat peluang pekerjaan yang adil dan sama tanpa prasangka berkaitan umur, kesihatan, atau pengalaman," katanya ketika dihubungi.
Amin memberi amaran bahawa menolak calon yang lebih tua dan berpengalaman boleh menyebabkan kehilangan bakat tempatan dan penghijrahan pekerja mahir (brain drain), kerana ramai yang mungkin mencari peluang pekerjaan di luar negara.
Semoga Amin dan sesiapa sahaja yang mengalami masalah yang sama terus maju jaya!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 