Lelaki Dedah Pengalaman Dating Dengan Bekas Model Tapi Pengotor – “Cantik Bukan Segalanya”

Muka dah cantik, tapi pengotor pula.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @shafake_ (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai yang kata lelaki mudah jatuh hati sebab rupa, tetapi hakikatnya rupa bukan jaminan segalanya

Bila dah kenal seseorang dengan lebih dekat, barulah kita nampak sisi sebenar dia yang kadang-kadang tak seindah pandangan mata.

Seperti apa yang dihadapi oleh seorang lelaki di laman Threads baru-baru ini apabila dia berkongsi pengalamannya bercinta dengan seorang wanita yang digambarkan sebagai perfect. Namun, keindahan itu mula pudar sedikit demi sedikit selepas beberapa kejadian yang membuatkan dia tersedar bahawa 'beauty doesn't come with a manual'.

Selamba cukur ketiak dalam kereta

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Philips

"First date, dia tanya I ada pisau cukur tak. I tolong la beli sebab nak tunjuk gentleman. Tapi lepas tu dia terus shave ketiak dalam kereta I… bulu semua berterabur atas seat. Masa tu I speechless, tapi pura-pura gelak je sebab tak nak malukan dia," dedahnya.

Kata lelaki itu, dia cuba bersabar dan menerima kekasihnya seadanya kerana percaya setiap orang ada kekurangan masing-masing. Namun, isu kebersihan semakin sukar diabaikan apabila ia berulang banyak kali.

"Pernah juga bila I ajak dia keluar ada sekali tu dari pagi lagi dia dah siap-siap. Tapi bila dah jumpa, I perasan bau perfume dia kuat semacam. I tanya la, kenapa spray banyak sangat perfume ni? Dia jawab selamba, sebab I tak sempat mandi. Masa tu I terus senyum je, dalam hati macam… ok, takpelah at least jujur," katanya lagi.

Walaupun pernah menjadi model dan memang memiliki paras rupa yang cantik, sikap dan kebersihan diri wanita itu membuatkan hubungan mereka mula renggang

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Angels Bureau

Dia mengaku pernah menegur secara baik, tapi setiap kali menasihati tentang kebersihan, dia pula dimarahi.

Kekasihnya juga sering memperlekeh rakan-rakannya yang dianggap tidak cukup 'good looking', seolah-olah rupa paras menjadi ukuran utama dalam menilai orang lain.Selepas hampir setahun bersama, dia akhirnya membuat keputusan untuk berpisah.

"Dia cakap kalau I nak dia, kena terima dia seadanya. Ending dia, I dumped her sebab dah banyak kali tegur over few things especially hygiene sebab dia tak boleh terima.

"And I always end up kena marah sebab dia cakap semua benda tak kena dekat mata I. Sometimes she also look down over a few of my friends yang for her, nampak tak good looking,"
katanya.

Walaupun pahit, dia menganggap pengalaman itu mengajarnya satu perkara penting iaitu rupa boleh buat kita jatuh cinta, tapi perangai dan kebersihan yang menentukan kita boleh kekal lama atau tidak.

"Dari situ I belajar, kecantikan tak pernah datang dengan manual. Kalau luar cantik tapi dalam kotor, lama-lama semua tu hilang maknanya," katanya.

Lihat Threads di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via