Lelaki ‘Crashout’ Pesan Mac & Cheese Dapat Mac & Cheese Sekeping

'Crashout' yang sahih buat OP.

Enlarge text
Cover ImageCover image via CNET & Reddit
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular di laman Reddit r/Bolehland seorang individu menceritakan pengalamannya makan di salah satu medan selera di Putrajaya

Semuanya bermula apabila seorang individu dengan nama /rSultanMelakaIsReal memesan mac & cheese tetapi lain pula yang dia dapat.

Apa yang dia dapat hanyalah makanan indah khabar dari rupa, dengan harga yang mahal dan tiada langsung usaha untuk memasak makanan yang sedap.

Mac & Cheese yang dia dapat ialah hanya macaroni, krim susu, sedikit herba campur dan keju sekeping.

Semua ini berharga RM16 dan tersangat masin

Menurut SultanMelakaIsReal, harga itu adalah RM16 yang dia tidak akan dapat balik.

Tambahan lagi, menu yang ada juga menggunakan gambar yang lebih cantik untuk menarik perhatian pelanggan.

Akibat terlalu marah dan terkejut, dia terus tebalkan muka untuk makan walaupun tidak sedap.

Dia yang berasal dari Melaka mengatakan negeri itu sangat 'terkenal' dengan tempat-tempat perangkap pelancong tetapi tidak sangka medan makan di Putrajaya ini lebih teruk dari itu.

SAYS.com
Image via r/SultanMelakaIsReal

"Orang lain meniaga, kau heboh nak meniaga, masak tak reti. Baik kau jual maggi kari dengan air 3 in 1 je la tu pun mesti kau ****** jugak kan. Entah jual ais kosong pun kau curah garam.," tanmbahnya lagi.

Komen-komen di laman Reddit itu juga hairan dan bersetuju dengan 'crashout' ini.

Ada yang membaca luahan Original Poster (OP) dengan nada capslock.

SAYS.com
Image via r/Bolehland

Paling menyedihkan seorang redditor mengesahkan makanan di penjara Kajang lebih baik dari ini.

SAYS.com
Image via r/Bolehland

Menurut OP, medan selera yang menjual makanan ini adalah di Presint 4, Putrajaya.

Tindakan peniaga yang mengenakan harga yang mahal dan kualiti tidak setimpal dengan makanan yang dijual wajar dilaporkan kepada KPDN.

Sebarang aduan boleh dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui aplikasi Whatsapp di talian 019-2794319.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: