Lelaki Buka Seluar Ketika Seminar SPM Di Universiti Swasta Kini Direman Polis
Motif kejadian bagaimanapun masih dalam siasatan pihak polis.
Cover image via @ohcyberjayaviral (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an ditahan polis selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dengan membuka seluar ketika menghadiri sebuah seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah universiti swasta di Cheras, Sabtu lalu
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud memaklumkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu sebelum suspek ditahan di kawasan Sri Petaling pada Isnin.
Menurut beliau, suspek kini direman selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang.

Motif kejadian bagaimanapun masih dalam siasatan pihak polis
Sebelum ini, beberapa klip video tular di aplikasi Threads memaparkan seorang lelaki dihalau keluar dari sebuah dewan seminar selepas didakwa bertindak tidak senonoh.
Menerusi hantaran berkenaan, lelaki terbabit didakwa menanggalkan seluar dan menunjukkan kemaluannya ke arah pelajar perempuan yang sedang mengikuti seminar tersebut, sekali gus mencetuskan kemarahan dan rasa tidak selamat dalam kalangan hadirin.
Lihat video di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



