Lelaki Buat Pull-Up Dalam MRT Jadi Bualan Warganet – “Pelik-Pelik Orang Sekarang”

Salah tempat tu bang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @hasmilawati (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tindakan seorang lelaki melakukan senaman pull-up menggunakan palang dalam koc MRT mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna pengangkutan awam, selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial

Menerusi posting di Threads, seorang wanita dikenali sebagai Hasmilawati berkongsi situasi tersebut yang disifatkan sebagai tidak wajar dan tidak bertempat.

Dalam video berkenaan, lelaki itu dilihat selamba melakukan pull-up menggunakan palang yang sememangnya disediakan untuk kegunaan penumpang berdiri.

"Pelik-pelik orang sekarang. Nak sihat pun tunggu sampai baru cari pokok bang. I cannot brain," tulisnya.

Walaupun keadaan dalam tren ketika itu tidak sesak dan tiada penumpang lain menggunakan palang tersebut, tindakan lelaki berkenaan tetap dianggap tidak sesuai dilakukan di dalam pengangkutan awam

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa MRT bukanlah tempat untuk bersenam.

Ada juga yang berpendapat palang tersebut sepatutnya kekal bersih dan digunakan untuk tujuan keselamatan penumpang, bukannya dijadikan peralatan senaman.

Lihat video itu di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via