Lelaki Buat Aksi Tidak Senonoh Depan Jemaah Wanita Kini Ditahan Polis, Miliki Kad OKU

Mangsa melarikan diri dari masjid demi keselamatan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini apabila seorang lelaki yang bertindak melampau dengan melakukan perbuatan tidak senonoh di hadapan seorang wanita yang sedang beribadat di sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat, pada Rabu lalu

Menurut kenyataan daripada Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail, pihaknya telah menerima laporan rasmi daripada mangsa yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 40 tahun pada jam 6.29 petang.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 11.15 pagi itu tercetus apabila mangsa yang sedang menunaikan solat Dhuha tiba-tiba didatangi oleh suspek.

Suspek berada dalam keadaan separuh bogel

Lelaki tidak dikenali itu dilaporkan melakukan aksi lucah dalam keadaan separuh bogel sambil memerhatikan mangsa, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai tahap keselamatan di rumah ibadat tersebut.

Bimbang akan keselamatan dirinya, mangsa segera melarikan diri dari masjid tersebut bagi mengelakkan sebarang ancaman yang lebih buruk.

"Siasatan awal mendapati rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian berjaya merakam perbuatan suspek,"
katanya.

SAYS.com
Image via Polis Daerah Segamat (Facebook)

Lelaki kini ditahan polis, ada kad OKU

Kurang daripada 24 jam selepas diburu, pihak polis berjaya memberkas lelaki yang disyaki melakukan aksi tidak senonoh terhadap seorang jemaah wanita di sebuah masjid di Bukit Siput kelmarin.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan sekitar jam 3.15 pagi tadi di sebuah kediaman yang terletak di Pasir Gudang.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail, hasil siasatan awal mendedahkan bahawa suspek merupakan seorang warga tempatan.

Selain itu, beliau turut mengesahkan bahawa lelaki berkenaan merupakan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran.

"Sehari sebelum kejadian, suspek datang ke Segamat bersama ahli keluarga untuk berbuka puasa. Keesokan hari, sebelum pulang ke Johor Bahru dia melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

"Suspek tiada rekod lampau dan saringan air kencing negatif bahan terlarang," katanya dihubungi Berita Harian.

Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi kelmarin, seorang jemaah wanita berusia 40 tahun bertindak melarikan diri selepas melihat suspek yang separuh bogel melakukan onani sambil memandangnya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: