Lelaki British Buat Perbandingan Kelakar UK Vs Malaysia – “Semua Jawapan Ada Makna Mendalam”

Kebanyakan poin yang dikemukakannya sebenarnya lebih memihak kepada Malaysia.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki tular di TikTok baru-baru ini selepas memuat naik video perbandingan lucu antara Malaysia dan UK yang buat ramai tak kering gusi

Pengguna TikTok @greggetseverywhere berkongsi lima perkara yang kononnya dilakukan "jauh lebih baik" oleh UK berbanding Malaysia.

Tetapi rupa-rupanya, kebanyakan poin yang disebut sebenarnya sindiran manja atau backhanded compliment kepada kelebihan Malaysia sendiri.

Ramai netizen terhibur dengan cara penyampaiannya yang bersahaja tapi penuh makna, sekaligus menunjukkan betapa uniknya kehidupan di negara kita kalau dibandingkan dengan negara luar.

SAYS.com
Image via @greggetseverywhere (TikTok)

Jawapan adalah sindiran kepada negaranya sendiri, sifatkan Malaysia sebenarnya lebih bagus

Dalam video berdurasi ringkas itu, pengguna lelaki itu membandingkan lima aspek kehidupan antara UK dan Malaysia.

Namun, nada sindiran yang digunakan sebenarnya membawa pujian tersirat terhadap Malaysia dan menjadikan videonya bukan sekadar hiburan, tetapi satu bentuk penghargaan yang halus.

Antara yang disentuh termasuklah soal keselamatan. Dia "mengkritik" Malaysia sebagai negara yang terlalu selamat, hingga "bosan" kerana orang ramai bebas berjalan tanpa rasa takut.

Katanya, berbeza dengan UK yang lebih "mengujakan" kerana anda mungkin akan disamun. Ia adalah satu kenyataan sinis yang jelas memuji keamanan Malaysia.

Dalam bab makanan pula, dia menyentuh realiti yang mungkin ramai setuju, makanan di UK hambar dan kurang berperisa. Sedangkan di Malaysia, makanan disediakan dengan penuh rempah, aroma, dan cita rasa yang kaya.

"Kami dulu pusing dunia rampas rempah, tapi langsung tak tahu guna," katanya. Satu sindiran terhadap sejarah penjajahan dan ironi budaya makanan mereka sendiri.

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga memuji perpaduan rakyat Malaysia ketika menonton perlawanan sukan. Di UK, katanya, suasana tegang sehingga penonton boleh bergaduh hingga pengsan.

Manakala di Malaysia, rakyat menonton dengan damai walaupun berlainan bangsa dan pasukan pilihan.

SAYS.com
Image via @greggetseverywhere (TikTok)

Satu lagi kelebihan Malaysia yang disebut adalah kemampuan rakyatnya menguasai pelbagai bahasa.

Jika di UK hanya satu bahasa digunakan dan diharapkan difahami seluruh dunia, Malaysia pula menyaksikan rakyatnya mampu berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, dan dialek-dialek lain dengan mudah.

Namun, bukan semua perbandingan bersifat lucu. Untuk penutup, beliau menyentuh isu serius iaitu pengurusan haiwan jalanan.

Menurutnya, UK pernah berdepan krisis sama, tetapi berjaya mengatasinya melalui dasar pemilikan haiwan yang ketat dan pendidikan kepada orang awam. Isu ini, katanya, masih wujud di Malaysia, namun beliau percaya ia boleh diatasi.

Secara keseluruhannya, walaupun video ini penuh dengan humor, ia sebenarnya membuka mata ramai tentang apa yang Malaysia miliki dan patut banggakan.

Dari keselamatan, makanan, keharmonian, sehingga kebolehan berbahasa rakyat Malaysia ada banyak sebab untuk terus menghargai negara sendiri, walau kadangkala lebih suka merungut.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik