Lelaki Bangladesh Dedah Terima Gaji RM5,200 Sebulan Setelah 20 Tahun Cari Rezeki Di Malaysia

Dia mengakui peluang pekerjaan di Bangladesh sangat terhad dan gajinya rendah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Warga asing seperti pekerja Bangladesh telah menjadi tulang belakang kepada banyak sektor penting di Malaysia, terutamanya dalam bidang pembinaan, perladangan dan penyelenggaraan

Mereka datang dari jauh, meninggalkan keluarga dan tanah air demi mencari rezeki di bumi asing dengan harapan dapat mengubah nasib sendiri dan orang tersayang.

Walaupun sering berdepan stereotaip dan cabaran hidup yang tidak mudah, ramai antara mereka sebenarnya menyimpan kisah kegigihan dan kejayaan yang jarang didengar.

Dalam satu pertemuan baru-baru ini, seorang lelaki warga Bangladesh berkongsi kisah hidupnya yang penuh jatuh bangun bermula dari detik awal menjejak kaki ke negara ini sehinggalah berjaya mencapai kehidupan yang lebih stabil hari ini.

SAYS.com
Image via @malaysianpaygap (TikTok)

Daripada gaji RM900 kini sudah mencecah RM5,200 sebulan

Menerusi video di akaun TikTok @malaysianpaygap, seorang pekerja warga Bangladesh yang sudah dua dekad menetap dan bekerja di Malaysia kini berjaya menjana pendapatan sebanyak RM5,200 sebulan, hasil titik peluhnya dalam sektor pembinaan dan penyelenggaraan.

"Saya datang ke Malaysia 20 tahun lalu daria Bangladesh kerana di sana, gaji sangat kecil. Saya cuma dibayar RM450 sebulan. Di sini, kerja saya mula-mula hanya bergaji RM900. Sekarang, saya sudah terima RM5,200 sebulan,"
katanya.

Menurutnya, kerja hariannya kini lebih kepada tugas penyeliaan bukan lagi kerja berat seperti dulu.

Dia bertanggungjawab memantau aspek penyelenggaraan bangunan, mengurus aduan penduduk, menyusun tugasan kakitangan di bawah seliaannya, serta menyemak dan mengesahkan tuntutan kerja yang dihantar.

"Saya kerja semuanya. Saya sendiri turun tengok kerja staf, saya periksa, saya buat laporan. Itu semua tanggungjawab saya," katanya.

SAYS.com
Image via @malaysianpaygap (TikTok)

Katanya, peluang bekerja di Malaysia bukan datang bergolek, kos masuk ke sini pun bukannya kecil.

"Saya bayar lebih RM12,000 dulu untuk datang ke sini. Sekarang semua dah lebih RM16,000," katanya.

Walaupun pernah bekerja dalam sektor perbankan di Bangladesh, beliau mengakui peluang di negaranya amat terhad, manakala gaji pula tidak setimpal dengan beban kerja.

"Saya kerja bank di sana, tapi sekarang saya kerja penyelenggaraan di sini. Tapi gaji di Malaysia jauh lebih baik. Sekarang saya rasa hidup saya lebih stabil," katanya.

Meskipun berjauhan dari tanah air, beliau sentiasa berusaha menyesuaikan diri dengan budaya tempatan dan menghormati cara hidup masyarakat Malaysia.

Baginya, tak kira dari mana asal seseorang, rasa hormat antara manusia itu penting itulah kunci untuk hidup harmoni dalam persekitaran berbilang kaum seperti di Malaysia.

Lihat video di bawah:

@malaysianpaygap

We Malaysians are also migrant workers in other countries. Respect, don't shame. #salarytransparency #bangladesh #bangladeshi #malaysiatiktok #construction

♬ original sound – MalaysianPAYGAP

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik