Lelaki 83 Tahun Akhirnya Diterima Jadi Rakyat Malaysia Selepas Hampir 70 Tahun Tinggal Di Penang

Difahamkan, warga emas itu hanya memegang MyKad merah selama ini.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki warga emas akhirnya bergelar rakyat Malaysia selepas hampir tujuh dekad menetap di negara ini

Menurut Bernama, Chan Weng Poh, 83, menerima MyKad miliknya dalam satu sidang media Program Kewarganegaraan Pulau Pinang yang berlangsung di George Town semalam, 7 September 2025.

Chan tiba di Pulau Pinang pada tahun 1957 ketika berusia 15 tahun, selepas menaiki kapal selama seminggu dari China untuk memulakan hidup baharu. Pada waktu itu, Malaysia masih belum mencapai kemerdekaan.

Sebelum ini, Chan hanya memegang MyKad merah yang mengiktirafnya sebagai penduduk tetap. Disebabkan tidak memiliki kewarganegaraan, dia tidak layak menerima sebarang bantuan kerajaan.

SAYS.com
Image via Bernama via Malay Mail

"Sekarang barulah saya rasa benar-benar setara dengan rakyat lain. Saya juga sudah menerima bantuan kewangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 daripada kerajaan," katanya.

Pernah rasa putus asa untuk memohon kewarganegaraan

Chan mendedahkan bahawa beberapa rakannya yang berhijrah dari Singapura 40 tahun lalu tidak pernah menerima kewarganegaraan, menyebabkan dia rasa tawar hati untuk memohon.

Namun, beberapa tahun kebelakangan ini, dia mula serius dalam proses permohonan selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menggesa golongan sepertinya memohon kewarganegaraan.

Kini menetap di Jalan Dato Keramat, George Town, Chan sangat teruja untuk mengundi buat kali pertama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kerana sebelum ini dia tidak pernah berpeluang mengundi.

SAYS.com
Image via China Press

Fasih berbahasa Melayu & rancang melancong ke luar negara

Chan kini mengusahakan perniagaan pakaian dan berkata pengalamannya melayani ramai pelanggan Melayu selama bertahun-tahun membuatkan dia fasih berbahasa Melayu.

Selain itu, dia juga tidak sabar untuk melancong ke luar negara dengan pasport Malaysia, setelah sebelum ini hanya mampu memohon pas khas setiap kali ingin pulang ke China untuk melawat saudara-mara.

Dalam sidang media yang sama, seramai 13 individu lain turut menerima MyKad masing-masing. Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, Program Kewarganegaraan Pulau Pinang telah memproses 3,504 permohonan, dengan 579 daripadanya berjaya diluluskan, lapor Bernama.

SAYS.com
Image via Bernama via Malay Mail

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: