Lelaki 32 Tahun Terkejut Termometer Yang Ditelannya 20 Tahun Lepas Masih Wujud Dalam Badan
Difahamkan, dia terlalu takut untuk memberitahu ibubapanya ketika itu.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki dari China telah terseksa kerana terkejut termometer merkuri yang ditelannya 20 tahun lalu masih ada
Lelaki bernama Wang, 32, ini tinggal di Wenzhou, Zhejian, Selatan Timur China pergi hospital untuk memeriksa mengapa bahagian abdomennya sangat sakit.
Menurut laporan di South China Morning Post (SCMP), doktor-doktor terkejut apabila melihat ujian X-ray dan mempercayai sebatang termometer merkuri berada di dalam badan Wang.
Termometer merkuri itu berada di bahagian pangkal usus kecil. Bahagian bawah besi termometer sedang menekan bahagian dalam perutnya dan berkemungkinan besar boleh menyebabkan perutnya tertusuk sekaligus menyebabkan pendarahan dalaman yang teruk di samping keracunan merkuri jika termometer itu pecah.

Tertelan termometer merkuri ketika umurnya 12 tahun
Wang mengatakan suatu hari dia secara tidak sengaja telah menelan termometer itu ketika berumur 12 tahun dan terlalu takut untuk memberitahu ibubapanya.
Difahamkan Wang, ibu bapanya adalah orang yang sangat sibuk dan dia takut dimarahi mereka. Disebabkan dia tidak mempunyai apa-apa simptom, dia akhirnya melupakan kejadian itu.

Pembedah telah berjaya membuang termometer itu setelah melakukan pembedahan kecemasan dan hanya 20 minit sahaja.
Termometer itu tidak mempunyai sebarang kerosakan dan masih dalam keadaan baik. Apa yang hilang hanyalah tanda ukuran sahaja.
Wang mengatakan ketika berumur 12 tahun, dia percaya termometer itu hanya akan larut di dalam badannya. Sejak beberapa tahun selepas itu dia hanya berasa tidak selesa di bahagian abdomennya tetapi tidaklah ke tahap yang serius dan diendahkannya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via South China Morning PostLelaki ini sebenarnya sangat bernasib baik kerana termometer itu adalah jenis yang pendek, tidak terpecah dan tiada merkuri masuk terus ke dalam badannya.
Keracunan merkuri boleh menyebabkan gangguan sistem saraf, masalah buah pinggang, gangguan pernafasan dan ruam kulit termasuk kelemahan otot yang serius.
Termometer merkuri selalunya mempunyai kepanjangan di antara 12 hingga 16 inci mengikut skala tanda ukuran suhu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



