Lebih 81,000 Saman Dikeluarkan Di KL, Kes Halang Lalu Lintas Catat Rekod Tertinggi

Kesalahan abai isyarat lalu lintas pula mencatat jumlah kedua tertinggi sepanjang operasi itu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Operasi Patuh Undang-Undang (Op PUU) yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur sejak 1 Oktober lalu terus membongkar sikap segelintir pengguna jalan raya yang masih culas mematuhi undang-undang trafik

Menurut laporan Kosmo!, setakat 20 Oktober 2025, sebanyak 81,800 saman telah dikeluarkan dengan kesalahan halang lalu lintas kekal menjadi penyumbang utama angka tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesalahan abai isyarat lalu lintas pula mencatat jumlah kedua tertinggi sepanjang operasi berkenaan.

"Jumlah saman dikeluarkan iaitu sebanyak 81,800 amat membimbangkan. Kita takut jika dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang, jumlah saman terus meningkat.

"Sebab itu kita nak masyarakat Kuala Lumpur tidak kira dari luar sekali pun supaya patuh peraturan jalan raya walaupun yang sekecil-kecilnya. Kita kena mula sekarang kalau mahu perubahan,"
katanya.

SAYS.com
Image via Utusan Malaysia

Beliau menjelaskan lagi, operasi tersebut bukan sekadar untuk menguatkuasakan undang-undang, tetapi juga sebagai tempoh advokasi bagi mendidik pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin termasuk dalam perkara kecil yang sering dipandang ringan

"Antara kesalahan yang dikesan termasuk tidak menggunakan jejantas (1,042 kesalahan), nombor plat kenderaan kabur atau 'fancy' 1,000 kesalahan, berhenti melebihi garisan putih (575) dan tidak berhenti di lampu isyarat merah (541).

"Selain itu, penunggang motosikal tidak memakai atau tidak mengikat topi keledar dengan betul (296 kesalahan), guna telefon bimbit (395) dan berhenti di petak kuning (367 kesalahan),"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: