Lebih 6,000 Rakyat Malaysia Pilih Tinggalkan Negara Demi Jadi Warga Singapura

Difahamkan, rekod itu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Antara News
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lebih 6,000 rakyat Malaysia dilaporkan melepaskan kewarganegaraan mereka bagi memperoleh taraf kerakyatan Singapura dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini

Menurut laporan Harian Metro, ini menjadikan angka tersebut sebagai antara yang tertinggi direkodkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa sebanyak 6,060 rakyat Malaysia telah melepaskan kewarganegaraan mereka untuk memperoleh kerakyatan Singapura setakat 30 Jun lalu.

Menurut beliau, angka tersebut merupakan sebahagian daripada trend peningkatan yang ketara, apabila pada tahun 2024 sahaja, seramai 16,930 rakyat Malaysia mengambil langkah sama dan terus meningkat berbanding 11,500 orang pada tahun 2023.

Bagi tahun-tahun sebelumnya, jumlah yang direkodkan adalah seramai 5,623 orang pada 2022, iaitu lebih rendah berbanding 7,956 orang pada 2021.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Jumlah rakyat Malaysia yang menukar kewarganegaraan ke negara lain

Angka tertinggi rakyat Malaysia yang menukar kerakyatan ke Singapura direkodkan pada tahun 2019 dengan 13,362 kes, sebelum menurun kepada 5,591 kes pada tahun 2020 susulan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, tahun-tahun sebelumnya merekodkan 7,394 kes pada 2015, diikuti 8,654 kes (2016), 7,583 kes (2017) dan 7,665 kes (2018).

Saifuddin memberikan penjelasan itu dalam jawapan bertulis di Parlimen, pada 7 Ogos lalu sebagai respons kepada soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN–Kota Baru) berhubung jumlah rakyat Malaysia yang memohon kerakyatan Singapura bagi tempoh 2015 hingga 2025.

SAYS.com

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Image via Berita Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: