Lebih 45,000 Pelajar Buat Rayuan, MRSM Hanya Mampu Tawar 250 Tempat
Tahniah buat adik-adik yang dapat tu!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sememangnya menjadi rebutan setiap tahun, namun angka permohonan bagi sesi kali ini benar-benar mencuri perhatian ramai
Menurut laporan Kosmo!, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan bahawa lebih 45,000 rayuan diterima hanya untuk mengisi 250 kekosongan bagi kemasukan tingkatan satu.
"Amat sedikit yang menolak tawaran. Syukurlah bagi (pelajar) yang berjaya, buat yang gagal ada hikmah lain Insya-Allah," katanya.

Menurut beliau, jumlah permohonan yang diterima tahun ini disifatkan sebagai luar biasa dan jauh lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya
Beliau turut menjelaskan bahawa keseluruhan penempatan pelajar tingkatan satu di 58 buah MRSM di seluruh negara dianggarkan sekitar 7,580 orang, namun jumlah permohonan yang diterima mencecah lebih 100,000 permohonan.
Situasi itu menunjukkan betapa sengitnya persaingan untuk mendapatkan tempat di institusi pendidikan berprestij tersebut.
"Bila sudah daftar, ada yang tolak dan buat keputusan keluar (MRSM). Jumlah akhir yang keluar dan menolak tawaran hanya 250 orang, sedangkan yang merayu lebih 45,000 orang," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 